Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Demi kesihatan, Akim Ahmad kini aktif berbasikal

Penyanyi Akim Ahmad, 30, mula berjinak-jinak dalam aktiviti Berbasikal bagi memulakan gaya hidup sihat sejajar dengan peningkatan usia dan mengisi masa lapangnya.

Akim berkata, dia mula terbabit dalam aktiviti riadah itu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

"Bermula dengan membeli basikal lipat terpakai, saya kini menggunakan basikal fixie. Tidaklah terlalu mahal dan harganya bersesuaian dengan orang yang Masih Baru seperti saya.

"Bagi saya, tidak perlu berbelanja terlalu mewah untuk membeli basikal kerana saya masih baru dan tidaklah terlalu hebat lagi. Cukuplah dengan apa yang dibeli berdasarkan kajian yang dibuat untuk beberapa tempoh.

"Saya hanya ingin mengembangkan lagi kemahiran dalam aktiviti berbasikal. Saya berkayuh dari rumah ke studio, walaupun tidak terlalu jauh tetapi keadaan jalan yang berbukit membuatkan saya berpeluh juga. Apatah lagi saya kini sudah memasuki usia 30 tahun. Jadi, perlu mementingkan kesihatan. Selain mengeluarkan peluh, berbasikal juga mampu meningkatkan stamina," katanya kepada Harian Metro.

Akim berkata, dia turut mengajak isterinya, Stacy Anam untuk berkongsi hobi sama.

"Sebelum ini jika ada masa terluang, kami hanya habiskan masa di rumah saja. Jadi, saya mengambil pendekatan untuk mencari satu aktiviti riadah bersama dengan Stacy.

"Memang pada awalnya mencabar kerana belum biasa. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Seronok juga apabila kami berbasikal di sebelah pagi dan malam mengikut kelapangan waktu. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan kami suami isteri," katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Demi kesihatan, Akim Ahmad kini aktif berbasikal

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×