Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mechamato tembusi 21 negara Asia Pasifik

Siri animasi terbaru terbitan Monsta, Mechamato bakal ditayangkan di 21 negara rantau Asia Pasifik menerusi saluran Cartoon Network mulai 4 Disember depan.

Ketua Pegawai Kandungan Monsta, Anas Abdul Aziz mengumumkan perkara itu menerusi persidangan Krea8tif! 2021 Virtual Conference, baru-baru ini.

Anas berkata, Animasi Mechamato terlebih dahulu menjengah penonton di Hong Kong, Taiwan, Australia dan New Zealand pada 4 Disember depan. Ia diikuti Korea Selatan pada 11 Disember, manakala Jepun pada Mac tahun depan.

"Pelanggan saluran Cartoon Network akan disajikan dengan sedutan satu episod Siri Animasi Mechamato bermula 6 November ini, iaitu awal sebulan daripada tarikh tayangan perdana," katanya kepada HIP.

Turut hadir pada persidangan berkenaan, Naib Presiden Kids Asia Pacific daripada Warner Media Entertainment Networks, Leslie Lee.

Karakter animasi Mechamato iaitu Amato dan MechaBot juga menerjah persidangan dengan mempersembahkan lagu rasmi dalam dua versi berbeza.

Versi bahasa Inggeris dinyanyikan oleh Nil Cardoso dan direkod di Amerika Syarikat (AS), manakala lagu versi bahasa Malaysia dinyanyikan Shah daripada kumpulan Modescape.

Sementara itu, Ketua Jenama dan Jualan Antarabangsa Monsta, Faiz Zainal Aabidin, berkata hak distribusi eksklusif Mechamato kini dipegang pengedar nombor dua terkemuka dunia, Jetpack Distribution.

"Siri animasi Mechamato dialih kepada 12 bahasa demi memasuki pasaran antarabangsa, sekali gus menarik minat penonton antarabangsa. Antaranya, bahasa Jepun, Korea, Inggeris, Vietnam, Thailand, Mandarin, Kantonis, Tagalog dan Indonesia.

"Tujuannya, Monsta mahu memperkenalkan siri animasi Mechamato sebelum menghasilkan filem. Lagipun, fokus dan kandungan kini lebih menjurus kepada digital serta televisyen (TV) ketika era pandemik.

"Perbincangan bersama Jetpack Distribution untuk pemasaran antarabangsa dilakukan pada Februari tahun lalu. Ketika itu, saya mengikuti tayangan program kanak-kanak di Miami, Florida tetapi perbincangan selanjutnya dilakukan secara virtual disebabkan pandemik," katanya.

Beliau berkata, Jetpack Distributor akan memfokuskan jualan di AS, Eropah, Timur Tengah dan anggota Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) seperti Russia, Armenia, Azerbaijan dan banyak lagi.

Selain itu, Faiz berkata, Jetpack Distributor cuba menembusi negara yang belum pernah atau jarang menayangkan kandungan dari Malaysia.

Siri animasi Mechamato mengambil latar belakang Kota Hilir di Bandaraya Melaka yang akan menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan, tetapi disulami elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

Ia memaparkan hubungan antara seorang kanak-kanak dan sahabat robot.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Mechamato tembusi 21 negara Asia Pasifik

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×