Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bukit Aman lengkapkan dokumentasi bawa pulang Sajat

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam proses melengkapkan segala dokumen bagi mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajjad dari Thailand ke negara ini.

Sajjad sebelum ini dikategorikan sebagai orang dikehendaki selepas Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu selepas kes berkenaan disiasat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata pada masa ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Peguam Negara dan Kementerian Luar untuk membolehkan proses membawa pulang Nur Sajjad berjalan lancar.

"Ia bagi memberi kuasa kepada pihak PDRM untuk membolehkan Nur Sajjad dibawa pulang mengikut saluran undang-undang antarabangsa.

"Berdasarkan maklumat kita terima, Muhammad Sajjad memaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand bahawa beliau adalah pelarian selepas memiliki kad Suruhanjaya Pelarian Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR)," katanya pada sidang media di Rawang, di sini, hari ini.

Abd Jalil menasihatkan Muhammad Sajjad supaya pulang secara baik supaya pendakwaan kes yang sedang dihadapinya dapat diselesaikan.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Bukit Aman lengkapkan dokumentasi bawa pulang Sajat

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×