Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Anak Shahrol Shiro alami masalah buah pinggang kronik

Isteri pelawak Shahrol Shiro iaitu Anna berkongsi berita sedih di Instagram mengenai bayi mereka, Ismail Rifqi yang berusia lapan bulan kini mengalami masalah Buah Pinggang kronik.

Anna Atau Nama Sebenarnya Nor Farhanah Shamimi berkata, anak keduanya itu memerlukan rawatan segera kerana buah pinggangnya rosak dan membengkak.

"Luluh hati saya bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang wajahnya. Doktor kata buah pinggang sebelah kanan Ismail didapati tiada, manakala di sebelah kiri pula bengkak.

"Ismail kena dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan dia hanya ada satu buah pinggang. Malah, buah pinggang yang ada pun bengkak," katanya.

Anna memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayinya supaya cepat sihat dan segala urusan mereka dipermudahkan.

Rata-rata warganet mengharapkan Anna dan keluarga terus kuat dan tabah selain berdoa agar Ismail diberikan kesembuhan segera oleh Allah SWT.

Kini, Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan menerima rawatan antibiotik.

Difahamkan, mereka mula mengesan masalah kesihatan Ismail apabila dia sering demam dan ada sesuatu tidak normal pada air kencingnya.

Shahrol Shiro dan Anna yang bernikah pada 18 Mac 2016 turut dikurniakan anak sulung lelaki, Iskandar Rizqi, 4.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam Danish daripada perkahwinan pertamanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Anak Shahrol Shiro alami masalah buah pinggang kronik

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×