Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Yusuf Bahrin terpesona suara Zizi Kirana alun selawat

Soal jodoh, pasangan yang kini dikaitkan sedang menjalinkan hubungan cinta, Yusuf Bahrin, 29, dan Zizi Kirana, 36, tidak menolak andainya takdir menyatukan mereka hingga ke jenjang pelamin.

Kemesraan Yusuf Dan Zizi mencuri perhatian ketika tampil dalam Instagram (IG) Live, baru-baru ini. Malah, Yusuf secara berseloroh memanggil Zizi dengan gelaran sayang hingga tular dalam aplikasi TikTok.

Begitu juga Zizi meninggalkan komen bertulis Habibi bermaksud 'kesayanganku' dalam bahasa Arab, selain menulis CHK dipercayai bermaksud 'cinta hatiku'.

Mengulasnya, pelakon yang melonjak nama menerusi drama Sweet Dreams itu mengakui, hubungannya dengan Zizi kian rapat sejak terbabit dalam rakaman program All Together Now Malaysia terbitan Astro pada Mac lalu.

"Mulanya, kami kenal hanya sebagai kawan. Namun, saya dan Zizi ada keserasian dan mula rapat.

"Kami hanya berhubung menerusi telefon bimbit, mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan berinteraksi dalam laman Instagram.

"Jujurnya, kami tidak pernah keluar dating, lagipun situasi semasa pandemik COVID-19 membataskan pergerakan.

"Apa yang boleh dikatakan, hubungan kami cukup rapat. Tetapi, saya hanya berserah kepada takdir untuk perjalanan perhubungan ini. Soal jodoh, rahsia Allah," katanya kepada BH Online.

Yusuf berkata, sebagai lelaki keinginan untuk menamatkan zaman bujang pasti ada.

"Cuma, saya tidak pernah merancang bila mahu kahwin. Saya sentiasa yakin dengan kuasa Allah, lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya.

"Jika takdir menentukan jodoh dengan Zizi, saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Ditanya mengenai peribadi penyanyi lagu Eh itu, jejaka yang sinonim dengan watak Dr Amar menerusi drama Sweet Dreams itu berkata, dia sangat menyenangi sikap dan perwatakan Zizi.

"Zizi sangat baik hati dan mengambil berat. Namun, apa yang membuatkan saya tertarik apabila mendengar suara Zizi mengalunkan lagu Selawat Purnama. Merdu dan sangat syahdu," katanya.

Sementara itu, Zizi berkata, dia selesa berkawan dengan Yusuf, namun masih atas paksi sebagai kawan baik.

"Saya selesa berkawan dengan Yusuf. Kami tidak pernah bertemu selepas rakaman program All Together Now Malaysia, jauh sekali berdating.

"Jika boleh, saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan tinggi terhadap perhubungan ini. Takut jika tidak menjadi, kemudiannya, kecewa. Biarlah, ikut aliran tanpa desakan sesiapa.

"Andai benar, jodoh saya dengan Yusuf, saya tidak mampu menolak. Jadi, doa yang baik-baik untuk kami," katanya.

Zizi mengakui, dia sudah bersedia melangkah ke fasa perkahwinan dengan peningkatan usia.

"Umur bukan semakin menurun. Jadi, dalam usia sekarang, ia bukan lagi fasa main-main soal jodoh.

"Bercakap soal kahwin, saya juga seperti wanita lain yang mahu membina keluarga. Jika bercinta selepas berkahwin sekalipun saya terima," katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Yusuf Bahrin terpesona suara Zizi Kirana alun selawat

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×