Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Zoey Rahman tolong rider

Kasihan melihat 'rider' atau penghantar barang menikmati makanan dan solat di tepi jalan, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman mengambil inisiatif membantu mereka.

Melancarkan Program Amal Mika Series Peduli, Zoey dan Zarina Anjoulie mengagihkan makanan dan bekalan petrol kepada kira-kira 200 'rider' di stesen Petronas Taman Segar, Cheras, baru-baru ini.

Zoey atau nama sebenar, Mohd Hairey Abdul Rahman, 36, mahu menceriakan 'rider' yang mengambil upah daripada beberapa syarikat penghantaran, melalui program amal itu.

"Kadang-kadang saya tengok 'rider' makan dan solat di tepi jalan sahaja. Belum lagi berdepan hujan dan panas yang tidak menentu.

"Mereka gigih berusaha mencari duit ketika musim pandemik COVID-19. Sejak itu, saya dapat idea membantu 'rider'.

"Alhamdulillah, saya dapat kumpulkan 200 'rider' yang mendaftar di laman Telegram #mikaseriespeduli. Kami mahu anjurkan program amal ini setiap bulan," katanya kepada BH Online.

Zoey berkata, Mika Series Peduli adalah program amal anjuran syarikat perniagaan diasaskannya, Mika Series dengan kerjasama beberapa pihak.

"Sebelum ini, banyak sumbangan dibuat kepada ibu tunggal dalam bentuk barangan keperluan harian. Jadi, kami ambil inisiatif mendekati petugas barisan hadapan yang banyak membantu masyarakat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan banyak pihak. Ini kali pertama kami mendapat kerjasama daripada Big Mouth, premis McDonald's cawangan Mutiara Damansara dan stesen minyak Petronas cawangan Taman Segar.

"Insya-Allah, selepas ini lebih ramai yang mahu bekerjasama dengan kami," katanya.

Zoey berkata, 'rider' yang mahu mendapatkan bekalan petrol percuma setiap bulan boleh mendaftar melalui laman Telegram Mika Series Peduli.

"Cari Mika Series Peduli di Telegram dan langgan untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut. Insya-Allah, kami akan cuba bantu," katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Zoey Rahman tolong rider

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×