Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Alyah syukur Thank You Allah diterima

Penyanyi Datin Alyah bersyukur apabila Muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan 6 Ogos lalu kini menerima lebih 100,000 tontonan di YouTube.

Alyah berkata, single yang menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu turut berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.

"Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Bagaimanapun kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.

"Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan Semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Kami semua berlakon sebagai adik-beradik yang pada awalnya ada perselisihan faham.

"Bagaimanapun akhirnya, masing-masing sedar akan silaturrahim itu adalah yang paling penting berbanding harta benda dan wang ringgit. Saling menginsafi adalah kunci untuk kita sedar siapa diri kita di sisi-Nya," katanya.

Berada di Langkawi, Kedah selama tiga hari untuk menjayakan muzik video berkenaan, Alyah mengakui teruja apabila muzik video itu berjaya disiapkan seperti yang dirancang.

"Saya sedia maklum, masing-masing ada komitmen terhadap perniagaan dan sebagainya. Jadi, bila mereka dapat disatukan di Langkawi pada waktu yang sama membuatkan saya berbesar hati.

"Biarpun mampu nak menginap di mana-mana hotel, namun mereka sanggup untuk tinggal di lokasi sama dengan kami serta pasukan produksi demi memudahkan proses penggambaran muzik video Thank You Allah.

"Iyalah, pastinya ada kekurangan juga daripada pihak saya, tapi mereka sangat memahami dan cukup bertolak ansur. Sanggup bersusah payah bersama. Luar biasa komitmen yang diberikan. Senang cakap semua ada nama, ada duit dan ada pangkat, akan tetapi mereka tetap lakukannya dengan saya seolah-olah kita semua sama sahaja," katanya yang menjalani penggambaran di Langkawi sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3.0.

Dalam masa sama, Alyah turut berasa terharu apabila lagu kerohanian itu menerima maklum balas positif pendengar dan sering menjadi latar muzik di media sosial, khususnya di Instagram.

"Lagu ini dilancarkan pada Ramadan lalu dan ketika itu kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Semua tahu, kita diduga Allah SWT dengan pandemik Covid-19.

"Dari awal lagu ini dimainkan sehinggalah pada saat ini, penerimaannya tidak saya sangka. Walaupun kita diuji bertubi-tubi, kita kena fikir positif dan jangan jemu untuk berdoa. Mahu tidak mahu, itu yang kita perlu lakukan ketika ini. Insya-Allah, Dia akan sentiasa ada dengan kita.

"Sebenarnya, ia bukanlah soal kejayaan lagu ini semata-mata, sebaliknya andai ada yang membuatkan Thank You Allah ini satu semangat, itu sudah memadai," katanya.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Alyah syukur Thank You Allah diterima

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×