Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siti Nordiana lapor polis, tuntut permohonan maaf

Penyanyi Siti Nordiana menerusi Peguamnya Abang Azlan Abang Ariffin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, di sini, jam 9.42 pagi hari ini berhubung isu namanya dibabitkan dalam Instagram Live lima individu, baru-baru ini.

Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 36, mengambil keputusan itu bagi membersihkan namanya daripada dakwaan berunsur fitnah yang jelas boleh menjejaskan nama dan reputasinya.

Penyanyi lagu Cukup Derita Itu berkata, dia terkilan apabila permasalahan yang sepatutnya boleh dibincang secara profesional itu dibawa ke mata khalayak.

"Sebenarnya saya enggan ambil tahu jika hal sebegitu dibincangkan dalam kalangan Mereka saja. Sebelum ini pun saya sudah ada dengar ura-ura mengenai diri saya jadi bahan percakapan tapi tak ambil tahu sebab nak fokus kepada kerjaya saya.

"Yang saya ralat adalah apabila perbincangan itu dibuat menerusi Instagram Live pula. Saya tak pasti kenapa dan kalau ada hal yang mereka tak puas hati, kenapa perlu dibuat siaran langsung kerana boleh saja berhubung secara profesional," katanya.

Nana berkata, dia terpaksa mengambil tindakan itu untuk membersihkan namanya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.

"Saya memang agak terkejut dan sedih serta perlu nasihat pakar iaitu peguam dalam hal ini," katanya.

Menurutnya, notis itu akan dikemukakan Isnin ini untuk tindakan selanjutnya daripada mereka. Sekiranya ingkar, pihaknya akan memfailkan saman.

"Walaupun sesi Instagram Live mereka sudah dipadam, tapi sedutannya ada dimuat naik di YouTube. Segala perbualan memang ada merujuk kepada Nana dengan kenyataan berbaur fitnah. Kami sudah berbincang untuk meneruskan untuk memberi notis tuntutan maaf daripada mereka nanti. Kami memberi tempoh masa 24 hingga 48 jam untuk mereka memberi respon. Jika tidak, kita akan saman.

"Jika mereka tangguh, imej dan reputasi Nana akan tercalar. Mereka memang ada sebut nama Nana dan dakwaan dibuat tidak benar," katanya.

Terdahulu, nama Nana disebut-sebut pada sesi siaran langsung di Instagram membabitkan penyanyi Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Pada sesi itu Shiela meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Lan dikatakan menumpang populariti Siti Nordiana.

Malah, ia menjadi medan untuk mereka meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini membabitkan konflik yang berlaku.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Siti Nordiana lapor polis, tuntut permohonan maaf

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×