Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Azhan Rani Taklah sampai kena kejar dengan bank

"Saya hanya bergurau. Hidup saya tidaklah teruk sangat sampai tak mampu nak melunaskan komitmen hutang di Bank," kata pelakon Azhan Rani, 45, yang kecewa apabila hantaran berbaur gurauan di Instagram diambil beberapa penulis blog dan dijadikan kandungan berita di platform mereka.

Azhan sebelum itu memuat naik hantaran di mana dia menerima banyak panggilan daripada bank apabila terlambat menjelaskan komitmen bulanannya.

"Minggu ni ramai awek bank call. Sedapnya suara. Harap lain kali diorang call ajak 'dating' la. Rindu betul diorang kalau abang lambat bayar komitmen kali ni. 2021 ni pula belum ada 'income' lagi sebab ikut arahan negara. Sabar ye sayang, jap nak 'check' duit pusaka dari Hong Kong yang dah bersawang tu ada lagi tak. Ada 'balance' nanti kita dating kat rooftop KLCC ye, kita dua je," tulisnya.

Azhan ketika dihubungi mengakui memang ada menerima panggilan dari bank sebagai peringatan untuk menjelaskan pinjaman, tapi tidaklah sampai diburu sebagaimana yang ditulis penulis blog itu.

"Saya tak sangka mereka (penulis blog) akan guna dengan tajuk yang jauh menyimpang. Kononnya saya dikejar bank kerana tak bayar hutang.

"Saya kesal juga dengan salah faham yang berlaku. Saya dapati memang kebanyakan portal-portal ini sekarang berlumba-lumba cari 'content' dari Instagram atau media sosial orang lain tanpa kebenaran.

"Mereka tak hubungi saya dan terus siarkan gambar dan petik cerita yang bukan- bukan untuk sensasikannya," katanya kepada Harian Metro.

Azhan berkata, perkara itu sukar nak kawal dan Sebagai Pemilik Akaun Instagram, dia kini mengguna pendekatan menyekat mana-mana individu yang dirasakan perlu.

Bagaimanapun, dia sangat berterima kasih dengan media arus perdana dan portal sahih yang disifatkannya ada etika dalam menulis berita.

"Saya seorang yang tiada masalah untuk bekerjasama. Jadi, dapatkan dulu kepastian daripada saya sebagai pemilik akaun dan kemudian paparkanlah. Ini main ambil sahaja dan letak tajuk bukan-bukan.

"Saya melihat apa yang dilakukan kebanyakan portal-portal ini memang tidak sihat. Justeru, saya tak pasti ada undang-undang atau tindakan pihak berwajib dalam hal ini kerana dari sehari ke sehari makin menjadi-jadi," katanya.

Menurut Azhan, perkara ini bukan berlaku kepadanya saja, tetapi juga artis yang lain.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Azhan Rani Taklah sampai kena kejar dengan bank

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×