Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hannah Delisha mahu terus istiqamah





Selepas tampil bertudung awal bulan ini, pelakon Hannah Delisha, 24, kini berdepan ujian sama ada dia cukup bersedia atau tidak untuk menutup aurat.

Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch berkata, dia bersyukur keputusannya itu mendapat reaksi positif yang luar biasa dan meminta doa semua supaya dirinya terus istiqamah.

"Sebenarnya, penghujung Ramadan lalu saya sudah tergerak hati mahu bertudung. Saya pasang niat selepas tamat penggambaran drama Cinta Sekali Lagi, saya akan bertudung.

"Selepas tamat penggambaran, saya bertanya kepada diri sendiri betulkah saya bersedia untuk bertudung? Biasalah, apabila sudah pasang niat baik, ada sahaja bisikan yang mengganggu.

"Tak sangka pula dapat reaksi luar biasa. Apabila baca komen-komen, banyak yang positif dan mendoakan saya terus istiqamah. Ramai yang bertanya apa sebab saya memutuskan untuk bertudung. Tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan, namun rasanya memang sangat indah. Ada rasa perasaan bercampur baur antara tenang, rasa kurang selamat, sayu sebab saya hanya cuma mahu jadi hamba Allah yang baik," katanya.

Bagaimanapun, Hannah menafikan keputusan itu dibuat disebabkan dia mahu berkahwin dalam masa terdekat ini.

Pelakon berasal dari Singapura itu berkongsi mengenai sebab dia bertudung menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube.

Hannah berharap perkongsiannya itu akan menjadi inspirasi kepada wanita Islam lain yang berdepan keraguan sama.

"Tiada siapa yang boleh menilai iman kita kecuali Allah. Saya harap kisah ringkas saya ini boleh menjadi inspirasi kepada wanita lain yang rasa masih persoalkan diri, tercari jawapan sama ada mahu pakai tudung atau tak.

"Insya-Allah, apabila kita sentiasa jaga hubungan kita dengan Allah, semuanya akan terjaga. Cuma ingat, apabila Allah tarik nyawa kita, kita sudah tidak fikir pendapat orang lain. Kita hanya perlu fikir apa yang Allah fikir mengenai kita," katanya.

Terdahulu, pelakon itu memuat naik gambar dia bertudung dengan menulis kapsyen 'Bismillah' pada 7 September lalu di Instagram.

Ia mendapat lebih 300,000 tanda suka dan lebih 5,000 komen positif.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Hannah Delisha mahu terus istiqamah

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×