Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fara Mendoza menang saman malu terhadap Zarina Anjoulie




PELAKON dan model, Fara Mendoza, 32, menang saman malu atau finah ke atas pelakon Zarina Anjoulie yang difailkan peguamnya pada Januari lalu di Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan.

Fara ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dengan kemenangan itu yang berpihak kepadanya yang difitnah. "Selama lima bulan juga saya berjuang untuk kes ini selepas terganggu dengan penyebaran gambar bogel dilakukan pihak berkenaan dan tuduhan mengugurkan anak," katanya.

Peguamnya, Muhammad Akram Datuk Dr Abdul Aziz berkata, antara tuntutan dibuat memohon perintah larangan atau injuksi mahkamah bagi menghalang sebarang kenyataan fitnah tidak terus dikeluarkan Zarina terhadap Fara.

"Selain itu, Fara juga meminta permohonan maaf secara umum dibuat Zarina kepadanya di atas fitnah disebarkan. Turut diminta juga adalah beberapa bayaran ganti rugi dengan segala kos itu dibayar pihak Zarina," katanya.

Muhammad Akram berkata, perbicaraan pertama dibuat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana pada 18 Mac lalu.

Katanya, selepas mahkamah berhenti bersidang selama dua bulan, sebutan kes berlangsung semula pada 21 Mei lalu di Seremban dan Zarina atau wakil peguamnya tidak hadir.

"Maka, mahkamah berkuasa memberi penghakiman yang mana segala tuntutan difailkan Fara pada Januari lalu terhadap Zarina dibenarkan.

"Pun begitu, berapa jumlah taksiran ganti rugi yang dimenangi Fara untuk kes ini belum diketahui lagi," katanya.

Muhammad Akram juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati sebelum membuat kenyataan bertulis ternasuk apa saja perkongsian di media sosial.

Katanya, sebelum mahu berkongsi sesuatu paparan di media sosial sepatutnya berfikir masak-masak terlebih dulu.

Ini kerana, walaupun akan dipadamkan selepas itu tetapi kemungkinan apa yang dipapar sudah dikongsi oleh masyarakat kepada umum.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Fara Mendoza menang saman malu terhadap Zarina Anjoulie

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×