Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bunkface Akhir Zaman ditujukan kepada Muslim sahaja




Kumpulan Bunkface tetap yakin lagu baru mereka berjudul Akhir Zaman sudah dimuat naik ramai peminat walaupun lirik video rasmi lagu itu sudah dikeluarkan YouTube, sejak kelmarin.

Lagu ciptaan vokalis Bunkface iaitu Sam tular dan mencetuskan sensasi apabila didakwa mempromosikan kebencian terhadap golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Lirik video yang dimuat naik YouTube pada 26 Februari lalu sebelum dikeluarkan sudah ditonton kira-kira 700,000 pelayar dan menerima lebih 9,000 komen.

Sam berkata, Bunkface berterima kasih kepada segala kritikan positif mahupun negatif yang diberikan pendengar terhadap lagu Akhir Zaman.

“Alhamdulillah, berdasarkan komen-komen yang diterima, majoriti rakyat Malaysia memberi sokongan kepada mesej yang cuba Bukface sampaikan dalam lagu kami.

“Apapun, kami ingin memberi penjelasan mengenai isu lirik lagu Akhir Zaman yang dikatakan segelintir pihak sebagai mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

“Terus-terang, perkataan LGBT digunakan dalam lirik lagu ini bukanlah dituju kepada individu, tetapi menjurus untuk pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutama kepada mereka yang beragama Islam di negara ini,” katanya.

Sam berkata, ia juga mengikut sebaris ayat yang diterjemah daripada Al-Quran bermaksud ‘Engkau agamamu, aku agamaku’ iaitu berdasarkan surah Al-Kafirun, ayat 6.


“Menerusi terjemahan ayat itu juga sudah menjelaskan bahawa mesej yang cuba dimuatkan dalam lagu Akhir Zaman ini ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

“Apatah lagi, lirik lagu ini turut dihasilkan dalam Bahasa Malaysia kerana majoriti Muslim di negara ini adalah bangsa Melayu dan supaya ia lebih jelas, nyata dan terang untuk mereka fahami,” katanya.

Sehubungan itu, Sam berkata, sekali lagi Bunkface menekankan yang mereka tidak berniat atau mahu membenci mana-mana individu, mahupun mempromosikan kebencian terhadap LGBT.

“Apa yang kami tentang adalah pergerakan LGBT yang giat mempromosikan ‘hak’ secara terang-terangan di negara ini terutama mereka beragama Islam dan bangsa Melayu.

“Yang haram itu tetap haram dan definisi Islam sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang sudah ditetapkan-Nya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah,” katanya.

Sam berkata biar pun lirik video lagu Akhir Zaman sudah tidak ada di YouTube, karya istimewa itu masih boleh distrim di platform muzik digital seperti Spotify, Joox dan Deezer.





This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Bunkface Akhir Zaman ditujukan kepada Muslim sahaja

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×