Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Betty Banafe sah bercerai




Gambar kenangan Betty dan Dargus.

Dramatis Betty Banafe sah bercerai dengan suaminya, Bruce Dargus pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru, selepas tujuh tahun berkahwin.

Betty atau nama penuhnya, Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkata, keputusan untuk berpisah dibuat selepas lebih setahun hidup berasingan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan mereka.

“Apa yang kami putuskan (bercerai) adalah yang terbaik untuk semua pihak termasuk anak-anak.

“Saya dan bekas suami hanya mahu berdepan realiti bahawa kami sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri. Memang klise tetapi itulah kebenarannya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.


Tambah Betty, dia tidak mempunyai sebarang dendam terhadap bekas suami dan berharap lelaki itu bertemu kebahagiaan dengan orang yang lebih baik berbanding dirinya.

“Saya tidak trauma dengan perceraian ini. Bruce bapa yang baik dan penyayang kepada anak-anak. Jadi, saya harap dia temui kebahagiaan selepas ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Betty turut memberitahu hak penjagaan anak-anak masih dalam proses perbicaraan mahkamah kerana bekas suami juga menuntut hak tersebut.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus, 6, dan Bruce Dean Dargus, 4.



This post first appeared on Artis Meletop, please read the originial post: here

Share the post

Betty Banafe sah bercerai

×

Subscribe to Artis Meletop

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×