Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Mission Impossible Fallout – Mungkin Filem Mission Impossible Terbaik Setakat Ini

Pejam celik, sudah 22 tahun sejak Filem Mission Impossible pertama lakonan Tom Cruise diterbitkan pada tahun 1996. Pada ketika itu admin masih di sekolah menengah dan lagu temanya nyanyian kumpulan Limp Bizkit sangat terkenal. Tak dapat dinafikan jika kita menonton filem itu sekarang, banyak kelemahan dapat dilihat, namun itu dikatakan perbezaan antara zaman.  Mission Impossible Fallout pula adalah sequel terbaharu francais filem tersebut dan merupakan salah satu filem aksi yang kami tunggu-tunggu tahun ini dan kami berkesempatan menonton filem ini baru-baru ini. Berikut adalah pendapat kami mengenai filem ini.

Mission Impossible Fallout – Mungkin Filem Mission Impossible Terbaik Setakat Ini

Mission Impossible Fallout mengisahkan pasukan IMF Ethan Hunt, Benji dan Luther yang gagal dalam satu misi untuk mendapatkan 3 kepala nuklear, menyebabkan mereka terpaksa menjalankan satu lagi misi sukar untuk mendapatkan semula kepala nuklear tersebut. Misi ini membawa mereka berjumpa dengan beberapa watak-watak lama seperti Solomon Lane, ketua the Syndicate dalam filem Rogue Nation dan Ilsa Faust, agen MI:5 dalam siri filem sebelumnya.

Kali ini misi mereka disukarkan dengan kehadiran pemerhati CIA dalam pasukan mereka bernama August Walker yang ditugaskan untuk memastikan mereka menjalankan misi tersebut. Adakah Ethan Hunt dan rakan-rakannya akan berjaya dalam misi kali ini? Tontonlah filem ini di pawagam untuk mengetahui kesudahannya.

Review

Pertama sekali, babak pembukaan filem ini agak panjang sehingga kami terlupa filem Mission Impossible ada montaj pembukaannya dan ia terkenal dengan gaya montaj yang unik. Tetapi, babak pembukaannya agak penting dalam mempertontonkan sikap Ethan Hunt yang mementingkan ahli pasukannya melebihi misi dan ini akan menjadi tema filem ini.

Tanpa mendedahkan jalan ceritanya, kami boleh mengesyorkan jalan ceritanya penuh aksi, drama dan putaran plot yang tidak dijangka. Semua isi dan babak dalam filem ini disusun secara rapi dan diolah secara terbaik bagi memberikan kepuasan menonton. Penonton akan terasa filem ini mempunyai isi yang banyak dan tidak hanya habis setelah satu dua babak aksi. Dari segi pelaksanaannya pula, anda boleh menjangkakan klise-klise seperti “close calls” (berjaya menyelamatkan keadaan di saat terakhir), hero dibantai tetapi tetap bangun semula, kemalangan teruk tetapi akhirnya tidak cedera parah, hero ditembak tetapi tidak kena, sedikit lawak jenaka dan klise-klise biasa untuk filem aksi Tom Cruise. Kesudahan filem ini juga dilaksanakan dengan sempurna dan tidak tergantung.

Namun, satu babak yang sangat terkesan kepada admin adalah babak kejar mengejar helikopter di Kashmir, iaitu babak terakhir. Dalam babak tersebut, landskap Kashmir sangatlah cantik, seolah-olah berada di Iceland dengan kawasan pergunungan yang indah menjadi latarbelakangnya.

SPOILER: Filem ini juga mendedahkan apa yang berlaku kepada isterinya yang dahulunya terpaksa menyorokkan diri.

Secara keseluruhan, apa yang membuat filem Mission Impossible Fallout ini unik adalah pendedahan kenapa Ethan Hunt melakukan apa yang beliau lakukan serta hubungannya dengan orang yang dikasihi. Kiranya ia mempunyai sedikit “soul“.

Positif vs Negatif

Positif

  • Jalan cerita dan putaran plot yang menarik
  • Aksi yang mendebarkan
  • Kesinambungan dari filem sebelumnya

Negatif

  • Banyak klise digunapakai, namun ia tidaklah menjejaskan keseronokan menonton

Kesimpulan

Filem Mission Impossible Fallout merupakan salah satu filem wajib tonton anda tahun ini. Tidak dapat dinafikan kebanyakan filem Mission Impossible agak klise, namun ia langsung tidak menjejaskan keseronokan menonton kali ini. Bagi kami ia satu filem yang lengkap dan seimbang dari segi aksi, jalan cerita dan emosi.

Penilaian: 9/10

IMDB

The post Mission Impossible Fallout – Mungkin Filem Mission Impossible Terbaik Setakat Ini appeared first on WayangKini.



from WayangKini https://ift.tt/2mR7443


This post first appeared on Download Festival Filem Tempatan, please read the originial post: here

Share the post

Mission Impossible Fallout – Mungkin Filem Mission Impossible Terbaik Setakat Ini

×

Subscribe to Download Festival Filem Tempatan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×