Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Senarai filem bakal ditayangkan 2017/2018



Split
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -- 
Tarikh Tayangan: 19 Januari 2017
Genre: Ngeri
Durasi: --
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: James McAvoy, Anya Taylor-Joy, Betty Buckley, Jessica Sula, Haley Lu Richardson
Pengarah: M. Night Shyamalan
Format: 2D
Sinopsis Split : 
Kevin adalah seorang lelaki yang mempunyai sekurang-kurangnya 23 personaliti berbeza. Dia telah menculik tiga remaja perempuan termasuk Casey, seorang yang degil. Sebagaimana ketiga-tiga remaja terbabit dikurung, personaliti terakhir - "The Beast" - mula mendominasi yang lain, menyebabkan Kevin perlu berlawan dengan dirinya sendiri untuk selamat.

Trailer Split 2017 : #1

Resident Evil: The Final Chapter
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017
Genre: Aksi / Seram / Fiksyen Sains
Durasi: -
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Milla Jovovich, Sienna Guillory
Pengarah: Paul W. S. Anderson
Format: 2D
Sipnosis / Info Resident Evil : The Final Chapter 2017 :
Sekuel "Resident Evil: Retribution", Alice, Jill, Claire, Chris, Leon, Ada dan Wesker bergegas ke tempat di mana The Red Queen cuba merancang untuk menyaksikan kemusnahan manusia. Dalam usaha untuk sampai ke sana, mereka perlu menempuh pelbagai cabaran dan serangan zombi.

Trailer Resident Evil : The Final Chapter 2017 : Teaser | #1 



xXx: The Return Of Xander
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 26 Januari 2017
Genre: Aksi
Durasi: --
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Vin Diesel, Samuel L. Jackson, Tony Jaa, Donnie Yen, Deepika Padukone, Nina Dobrev, Ruby Rose, Toni Collette
Pengarah: D.J. Caruso
Format: 2D
Sinopsis xXx: The Return Of Xander  :
CageXander Cage kembali bangkit untuk bertempur dengan Xiang dan pasukannya untuk mendapatkan senjata yang dikenali sebagai Pandora`s Box. Xander kemudian menyedari dirinya terperangkap dalam satu konspirasi maut yang membabitkan peringkat tertinggi kerajaan.

Trailer xXx: The Return Of Xander : Teaser | #1


The Lego Batman Movie
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2017
Genre: Aksi / Animasi / Komedi
Durasi: -
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Will Arnett, Michael Cera, Zach Galifianakis, Rosario Dawson, Ralph Fiennes
Pengarah: Chris McKay
Format: 2D
Sipnosis / Info :
Sejak kejadian dalam "The Lego Movie", Lego Batman yang menggunakan suara Will Arnett kembali sebagai adiwira untuk menentang kejahatan. Kali ini dia akan disertai oleh Lego Robin, Lego Batgirl dan banyak lagi dalam bandar Gotham termasuk Lego Joker.

Trailer The Lego Betman Movie :  Teaser | #1


Rings
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2017
Genre: Seram
Durasi: --
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Matilda Lutz, Alex Roe, David Dorfman, Johnny Galecki, Aimee Teegarden
Pengarah: F. Javier Gutiérrez
Format: 2D
Info / Sinopsis Rings 2017 :
Filem seram arahan F. Javier Gutierrez ini merupakan filem ketiga yang diadaptasi daripada filem seram jepun "Ringu". Ia akan menyaksikan Samara kembali menghantui dan membunuh sesiapa sahaja yang menonton sumpahan pita video tersebut.

Trailer Rings 2017 : #1


Fifty Shades Darker
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 9 Februari 2017
Genre: Drama / Romantik
Durasi: NA
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Dakota Johnson, Jamie Dornan
Pengarah: James Foley
Format: 2D
Sinopsis Fifty Shades Darker :
Anastasia telah menamatkan hubungannya dengan Christian untuk meneruskan kehidupan normal dengan bekerja di sebuah syarikat penerbitan di Seattle. Christian bergelut dengan dirinya sendiri sementara Anastasia terpaksa berdepan dengan perasaan cemburu dan kemarahannya dengan wanita-wanita sebelumnya.

Trailer Fifty Shades Darker : #1 | #2
credit to cdn.traileraddict.com
Logan (Wolverine 3)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 2 Mac 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: -
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Hugh Jackman, Patrick Stewart
Pengarah: James Mangold
Format: 2D
Sipnosis / Info Logan :
Hugh Jackman kembali sebagai adiwira mutan bergelar Wolverine. Dia akan membawa watak ini untuk kali terakhir dalam filem ketiga dalam siri "X-Men" ini.

Trailer Logan 2017 : #1


Kong: Skull Island
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 9 Mac 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: -
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Tom Hiddleston, Brie Larson, Samuel L. Jackson, Jason Mitchell, Corey Hawkins, Toby Kebbell, Tom Wilkinson, John Goodman, John C. Reilly
Pengarah: Jordan Vogt-Roberts
Format: 2D
Sinopsis / Info Kong: Skull Island 2017 : 
Sepasukan pengembara telah menemui sebuah pulau prasejarah yang mana mereka bertemu dengan King Kong. Mereka kemudian menyedari Kong bukanlah satu-satunya makhluk misteri di pulau itu.

Trailer Kong: Skull Island 2017 : Comic Con | Final Trailer

Beauty And The Beast
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 16 Mac 2017
Genre: Fantasi / Romantik / Muzikal
Durasi: -
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans, Emma Thompson, Kevin Kline, Ian McKellen, Ewan McGregor, Josh Gad, Stanley Tucci
Pengarah: Bill Condon
Format: 2D
Sipnosis / Info Beauty And The Beast 2017 :
Filem ini adalah adaptasi Disney dari kisah dongeng klasik yang mengisahkan tentang seorang putera raksasa dan seorang wanita jelita yang jatuh cinta dengannya. Ia dibintangi oleh Emma Watson, Dan Stevens, Luke Evans dan ramai lagi.

Trailer Beauty And The Beast 2017 : Teaser | #1

Power Rangers
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 23 Mac 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: --
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Dacre Montgomery, Becky Gomez, Ludi Lin, Naomi Scott, RJ Cyler, Elizabeth Banks
Pengarah: Dean Israelite
Format: 2D
Sipnosis / Info Power Rangers 2017 :
Selepas mendapat tahu pekan kecil mereka, Angel Grove, dan juga dunia bakal hancur dimusnahkan oleh makhluk asing, lima pelajar sekolah tinggi perlu mengatasi masalah peribadi mereka kerana hanya mereka mampu menyelamatkan planet. Mereka perlu menumpaskan Rita Repulsa dengan bertukar menjadi Power Rangers.

Trailer Power Rangers 2017 : Teaser  | #1


Ghost In The Shell
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 30 Mac 2017
Genre: Aksi / Jenayah / Drama
Durasi: --
Pengedar: United International Pictures
Pelakon: Scarlett Johansson, Pilou Asbæk
Pengarah: Rupert Sanders
Format: 2D
Sinopsis Ghost In The Shell : 
Filem sains fiksyen ini diangkat dari siri manga popular yang menggunakan judul sama, "Ghost In The Shell" nukilan Masamune Shirow. Ia berlatarkan zaman 2029 yang mana dunia mempunyai akses tubuh sibernatik yang dipanggil `shells` membolehkan mereka mempunyai kuasa luar biasa. Mejar Motoko Kusanagi adalah ketua pasukan untuk Public Security Section 9 yang telah ditugaskan untuk menangkap penggodam yang dikenali sebagai Puppet Master.

Trailer Ghost in the Shell : #1

(sumber : www.comingsoon.net)

Smurfs: The Lost Village
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 April 2017
Genre: Animasi
Durasi: --
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pelakon: Demi Lovato, Rainn Wilson, Mandy Patinkin
Pengarah: Kelly Asbury
Format: 2D, 3D
Sipnosis / Info :
Filem animasi ini mengisahkan tentang Smurfette bersama-sama dengan adik-beradiknya yang merentasi kawasan Enchanted Forest untuk mencari perkampungan Smurfs sebelum musuh mereka, Gargamel the Evil Wizard, menjumpainya terlebih dahulu. Sepanjang filem ini akan menyaksikan asal usul dan kehidupan makhluk berwarna biru ini yang tinggal di rumah berbentuk cendawan, termasuk sebab mengapa mereka mempunyai 99 lelaki dan hanya seorang perempuan.

Trailer : Teaser

(sumber : fanart.tv)

The Boss Baby
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 6 April 2017
Genre: Animasi
Durasi: --
Pengedar: 20th Century Fox
Pelakon: Alec Baldwin, Kevin Spacey, Will Arnett
Pengarah: Tom McGrath
Format: 2D
Sinopsis The Boss Baby :
Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dalam misi mendapatkan kembali kasih sayang kedua-dua ibu bapanya. Apabila dia mendapati rahsia jahat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puppy Co yang membabitkan adiknya, kedua-dua mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan ibu bapa mereka dan menyelamatkan dunia.

Trailer The Boss Baby : Teaser


Fast And Furious 8
(also known as The Fate Of The Furious)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: - 
Tarikh Tayangan: 13 April 2017
Genre: Aksi / Jenayah
Durasi: -
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham
Pengarah: F. Gary Gray
Format: 2D
Sipnosis / Info :
Dominic Toretto dan krunya masih lagi tidak selesai dengan Deckard Shaw selepas kekecohan yang berlaku di Dubai. Filem kelapan ini merupakan filem pertama dalam trilogi terakhir francais "Fast and Furious".

Trailer The Fate Of The Furious : #1

(sumber : cdn2-www.comingsoon.net)

Marvel's Guardians Of The Galaxy 2
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: - 
Tarikh Tayangan: 27 April 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: -
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Chris Pratt, Zoe Saldana, Dave Bautista, Vin Diesel, Bradley Cooper, Michael Rooker, Karen Gillan
Pengarah: James Gunn
Format: 2D, 3D
Sipnosis / Info :
Peter Quill a.k.a Star-Lord kembali mengetuai Guardians of the Galaxy dalam satu misi untuk menyelamatkan galaksi yang diancam oleh kuasa jahat Thanos. Rahsia di sebalik asal-usul bapa Peter juga akan terbongkar.

Trailer Marvel's Guardians Of The Galaxy 2 : Teaser 

sumber : comikbook.com
Pirates of the Caribbean: The Revenge of Salazar
(Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales)
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: - 
Tarikh Tayangan: 25 Mei 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: -
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pelakon: Johnny Depp, Javier Bardem, Orlando Bloom, Brenton Thwaites, Kaya Scodelario, Kevin McNally, Geoffrey Rush
Pengarah: Joachim Rønning, Espen Sandberg
Format: 2D
Sipnosis / Info Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales :
Filem kelima "Pirates of the Caribbean" ini mengisahkan tentang Captain Jack Sparrow yang diburu oleh musuh lamanya, Captain Salazar, selepas Salazar bersama dengan kru hantunya berjaya meloloskan diri dari Devil Triangle dan kini mahu membunuh setiap lanun yang ada di lautan. Oleh itu, Jack Sparrow perlu mencari serampang tiga mata mistik milik Poseidon, yang mana sesiapa mempunyainya dapat menguasai lautan dan Jack Sparrow boleh menggunakannya untuk menentang Captain Salazar.

Trailer Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales : Teaser

(sumber : screencrush.com)

Wonder Woman
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 1 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Superhero
Durasi: -
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pelakon: Gal Gadot, Chris Pine, Lucy Davis, Connie Nielsen, Robin Wright
Pengarah: Patty Jenkins
Format: 2D
Sipnosis / Info Wonder Women 2017 :
Diana adalah seorang puteri Amazon yang dibesarkan di sebuah kepulauan dan dilatih untuk menjadi pahlawan terulung. Selepas seorang juruterbang Amerika, Steve Trevor, terhempas di pulau tersebut, dia telah memberitahu Diana mengenai perang dunia yang sedang berlaku. Diana kemudian meninggalkan kampung halamannya untuk cuba menghentikan peperangan tersebut.

Trailer Wonder Women 2017 : #1

(sumber : www.themummy.com)

The Mummy
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: --
Tarikh Tayangan: 8 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Durasi: --
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Tom Cruise, Annabelle Wallis, Sofia Boutella, Jake Johnson
Pengarah: Alex Kurtzman
Format: 2D
Info : 
Filem `reboot` "The Mummy" ini berlatarbelakangkan di Iraq. Filem ini mengisahkan tentang seorang tentera laut dan pasukannya yang terpaksa bertempur dengan mumia-mumia yang diketuai oleh Raja Assyria, Ashurbanipal.

Teaser The Mummy : #1


Kingsman: The Golden Circle
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Aksi / Pengembaraan / Komedi
Durasi: -
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: -
Pengarah: -
Format: 2D
Sipnosis / Info Kingsman : The Golden Circle :
Filem sekuel pengintip yang padat dengan aksi ini akan kembali menyaksikan pengintip muda Eggsy 
mengyelesaikan misi di luar United Kingdom. Ia adalah kesinambungan kepada filem "Kingsman: The Secret Service" pada tahun 2014.

Trailer Kingsman : The Golden Circle : Akan Datang


Despicable Me 3
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: -
Tarikh Tayangan: 15 Jun 2017
Genre: Animasi
Durasi: -
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: 
Pengarah: 
Format: 2D
Sipnosis / Info :
Gru, Lucy dan anak-anak perempuan mereka Margo, Edith dan Agnes kembali dengan pengembaraan baru yang turut disertai oleh pengikutnya yang berwarna kuning, Minions, dalam filem ketiga ini.

Trailer Despicable Me 3 : #1


Transformers : The Last Knight
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: - 
Tarikh Tayangan: 22 Jun 2017
Genre: Aksi / Fiksyen Sains
Durasi: -
Pengedar: UNITED INTERNATIONAL PICTURES
Pelakon: Mark Wahlberg, Isabela Moner, Josh Duhamel, Jerrod Carmichael, Peter Cullen (suara), John DiMaggio (suara), Ken Watanabe (suara) , John Goodman (suara)
Pengarah: Michael Bay
Format: 2D
Sipnosis / Info :
Filem terbaru Michael Bay dari francais "Transformers" yang dibintangi Mark Wahlberg kembali menyaksikan Autobots menentang Decepticons.

Trailer Transformers : The Last Knight : Teaser 


This post first appeared on Download Festival Filem Tempatan, please read the originial post: here

Share the post

Senarai filem bakal ditayangkan 2017/2018

×

Subscribe to Download Festival Filem Tempatan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×