Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

2 jenis manusia baik

Tags:

Ini cuma kategori manusia baik menurut pendapat aku sendiri. Mungkin ada yang berpendapat ada empat jenis, tujuh, enam puluh dan sebagainya. Terpulang kepada pendapat masing-masing. Dan pendapat aku adalah pendapat peribadi. Tak puas hati, boleh tekan 'x' kat penjuru kanan atas atau terus lenyap (pegi jauh2) dari blog ni. Takde sape nak larang. Kalau tak suke tapi nak bace juga, aku rase kau mungkin kategori yang tak paham bahasa dan aku pun tak paham dengan kau.

Manusia baik kategori pertama ni pada aku jenis yang baik kerana dia lurus bendul. Manusia macam ni jarang membantah. Bagi manusia yang suka orang lain dengar cakapnya, manusia macam ni lah yang selalu jadi sasarannya. Manusia baik, tapi sering jadi pak turut. Kalau dia jadi pak turut kepada manusia yang baik, maka baiklah jadinya pak turut ni. Tapi kalau dia jadi pak turut kepada manusia yang jahanam, maka dia pun akan sama-sama jahanam.

Manusia baik kategori kedua pula pada aku sememangnya manusia baik yang terbaik. Maksud aku, manusia ni baik kerana akhlaknya baik. Dan sebaik-baik akhlak adalah akhlak yang dimiliki oleh orang Islam. Ini kerana di dalam al-Qur'an telah lengkap akan garis panduan untuk menjadi manusia yang berakhlak, atau istilah lainnya, manusia baik yang terbaik. Bukan setakat baik, dia juga tegas walaupun tak mampu dengan perbuatan, dia akan tegas dengan kata hatinya. Jika kata hatinya mengatakan 'jalan' itu jalan yang membinasakan dan juga merosakkan, maka dia akan mengelakkan dari mengikuti jalan kebinasaan tersebut.

Jadi pada aku, memang ramai manusia baik yang jenis kategori satu ni, dan tak kurang juga ramai yang dari kalangan kategori kedua. Aku memang akan berhati-hati dengan baik yang kategori satu ni, sebab lurus bendul atau pak turut ni sebenarnya mudah dipengaruhi selain akhlaknya boleh dikatakan tidak sempurna. Kalau dia masih pak turut yang baik, aku boleh ikut. Tapi kalau dia dah terikut kepada yang salah, aku hanya mampu berharap agar dia kembali ke pangkal jalan.




This post first appeared on My Laksa, please read the originial post: here

Share the post

2 jenis manusia baik

×