KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri Sarawak baru saja bermula semalam, namun Lim Kit Siang berpendapat Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri yang dipimpin oleh Tan Sri Adenan Satem akan terus kekal selepas pilihan raya.
Related Articles
Menurut Penasihat DAP itu, Adenan akan terus menjadi Ketua Menteri.
"Tiada sesiapa yang meraguinya. Beliau mahu menjadi Ketua Menteri untuk 5 tahun lagi? Permintaannya ditunaikan pada hari Penamaan Calon," katanya.
Berhubung dengan pertembungan antara DAP dan PKR, Kit Siang enggan menggulas lanjut. Sebaliknya yang menyatakan pilihan raya negeri kali ini adalah yang paling menyedihkannya.
"Sasaran kami kini adalah Barisan Nasional. Kami biarkan PKR bersendirian. Sama ada Pakatan Harapan boleh bersatu semula, kami akan uruskan selepas hari pengundian.
"50 tahun berpolitik, cuma beberapa pilihan raya saya sesedih ini," katanya.
Lapor Malaysian Digest, Kit Siang dalam ceramahnya sempat memohon maaf kepada penyokong Pakatan Harapan berhubung perebutan 6 kerusi.
"Saya memohon maaf kepada rakyat Sarawak dan Malaysia kerana kegagalan Pakatan harapan dalam memastikan perlawanan satu lawan satu menentang Barisan Nasional pada PRN Sarawak. Namun, saya berjanji, ahli dan penyokong DAP di semua peringkat akan bekerja lebih kuat lagi," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
from The Hype Media http://ift.tt/1SLiT7T