Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Resepi Cara Buat KEK TIGA RASA Sedap & Gebu

KEK TIGA RASA

Kek Tiga Rasa

oleh : chef mat gebu

Bahan- Bahannya :-)
1 adunan kek marble kosong, resipi boleh rujuk disini...
1 camca teh strawberry emulco
1 camca besar "sunquick" perisa orange + 1/2 camca teh pewarna kuning
2 camca besar serbuk koko + 1 camca teh nescafe + 5 camca besar air panas, gaul sebati.

Cara membuatnya :-)
  1. Bahagi adunan kek kepada 3 bahagian, satu bahagian gaul dengan strawberry emulco, satu dengan bancuhan coklat dan satu lagi dengan sunquick. Gaul rata semua adunan tadi.
  2. Lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Tuang setiap adunan yang dibancuh dengan rasa2 yang berlainan secara bertindih2 sebanyak 2 camca besar setiap perisa. Buat hingga siap dan hentak tin 2 - 3 kali.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 - 60 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing. Uji kek dengan mencucuk bahagian tengahnya menggunakan lidi sate atau pisau, jika keluar bersih, tanda kek telah masak. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan.


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Resepi Cara Buat KEK TIGA RASA Sedap & Gebu

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×