Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Uber Ingin Mengkomersialkan Teksi-Terbang Dalam Tempoh 5-10 Tahun

Uber merupakan salah satu syarikat yang tidak merahsiakan perancangan mereka dalam arena kereta-terbang. Mereka sebelum ini Telah Berkongsi Perancangan untuknya, selain turut telah mengumumkan kerjasama dengan pihak NASA untuk membangunkan dan menguji kereta-terbang.
Kini, berkongsi lanjut mengenainya, CEO Uber mengatakan beliau menyasarkan untuk mengkomersialkan penawaran perkhidmatan teksi-terbang Uber Air dalam antara lima ke sepuluh tahun akan datang.
Sebelum ini sendiri, Uber telah berkongsi perancangan mereka untuk menawarkan perkhidmatan teksi-terbang yang mana akan menjadikan ia sebagai mod pengangkutan yang efisyen kepada pengguna untuk dari satu lokasi ke yang lain dengan pantas.
Selain Uber, beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena pengangkutan sama, tetapi masih samar-samar berkaitan dengan bilakah kita boleh melihatnya dan menggunakannya sendiri. Dengan perancangan Uber kini untuk mengkomersialkannya dalam dekad akan datang, ia semestinya menarik untuk melihat pelbagai perkembangan lain dalam arena ini.


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Uber Ingin Mengkomersialkan Teksi-Terbang Dalam Tempoh 5-10 Tahun

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×