Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/ 2020 Online Malaysia

Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 seluruh negeri Malaysia sesi 2019/ 2020 secara online. Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan kini (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1.1.2014 (berumur 4 tahun pada 1.1.2018) anda wajib mendaftarkan anak anak ke tahun satu jika lewat takut keciciran.Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secara online menerusi applikasi permohonan dibawah. Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan, ibu-bapa atau penjaga wajib mengemukakan permohonan secara manual dengan menghadirkan diri secara “walk in” di sekolah yang berhampiran untuk dapatkan borang. Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talin mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018.



Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2019/ 2020 Online
Sila layari https://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018

Sistem pendaftaran online ini hanya terbuka khusus kepada Murid Tahun 1 yang akan bersekolah di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala Sabah Sarawak dan Labuan wajib pergi ke sekolah untuk sesi pendaftaran dan dapatkan borang.

1) Perdaftaran online terbuka kepada penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
2) Bermula 1 Mac 2018 sila layari https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen seperti berikut:
4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Tarikh Tutup Permohonan
30 April 2018. Perlu diingatkan bahawa permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.



This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/ 2020 Online Malaysia

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×