Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sony Melancarkan Projektor Mini Dengan Kemampuan Pancaran Imej Sebesar 120 Inci

Acara CES baru sahaja selesai dengan pelbagai inovasi diperlihatkan seperti peranti dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin oleh Vivo dan Project Linda oleh Razer. Sony turut hadir dengan projektor mewah lontaran jarak dekat mereka. Kebanyakan pengguna tidak akan mampu membeli projektor berharga $30,000 ini. Oleh itu projektor mini keluaran Sony ini mungkin boleh menjadi alternatif.
Sony MP-CD1 Mobile Projector ialah projektor padat yang hanya sebesar Sony Xperia XZ Premium. Walaupun kecil, ia mampu memancarkan imej sebesar 120″ dari jari 3.5 meter dengan keterangan 150 Lumen. Kesemua imej walaubagaimanapun hanya mempunyai resolusi maksimum 854 × 480 pixel.
Bateri 5000 mAh yang digunakan mampu memberikan tempoh operasi sehingga dua jam. Apabila tidak digunakan, MP-CD1 turut mampu berfungsi sebagai sebuah power bank. Sony MP-CD1 ini dijual pada harga $400 (~RM 1600) sebuah.


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Sony Melancarkan Projektor Mini Dengan Kemampuan Pancaran Imej Sebesar 120 Inci

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×