Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Terbaru : Siti Nurhaliza Terima Gelaran Datuk Seri! - Rezeki Anak.

Setelah mengumumkan penantian selama 11 tahunnya berakhir dengan kehamilan sulung beliau baru-baru ini, Siti Nurhaliza sekali lagi dikurniakan ‘hadiah’ yang tidak ternilai.


Siti Nurhaliza telah menerima darjah kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri, Isnin, 23 Oktober.

Siti Nurhaliza antara 101 orang penerima anugerah darjah kebesaran Pahang bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Istiadat pengurniaan darjah dan pingat kebesaran Pahang tersebut disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahamad Shah di Balairong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Pelantun lagu Segala Perasaan ini turut berkongsi berita tersebut bersama pengikut-pengikutnya apabila memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagramnya.

Alhamdullillah, patik menjunjung kasih di atas pengurniaan darjah kebesaran ini dan semoga patik menjadi rakyat Pahang yang berbakti kepada Agama, Bangsa, Negeri & Negara Patik. Menjunjung Kasih Tuanku. Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. #daulattuanku #alhamdulillah

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak turut memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang menggambarkan darjah kebesaran yang diterimanya itu sebagai rezeki yang tidak dijangka.


Dalam pada itu, tiga lagi selebriti turut menerima anugerah kebesaran diraja tersebut. Mereka ialah pelakon Datuk Eizlan Yusof, Adi Putra dan pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie.

Datuk Eizlan Yusof turut menerima SSAP manakala Adi Putra pula menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Jovian Mandagie yang juga Ketua Pengarah Eksekutif Jovian Mandagie Sdn Bhd menerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) sekaligus membawa gelaran Datuk.

Sudah pasti laman sosial keempat-empat public figure ini dipenuhi dengan komen dan ucapan tahniah netizen yang rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang diterima mereka.

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza!

Sumber : sentiasapanas.com


This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

Terbaru : Siti Nurhaliza Terima Gelaran Datuk Seri! - Rezeki Anak.

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×