Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

'Banduan paling tampan' jadi tumpuan di Minggu Fesyen New York

Gambar yang diambil ketika Meeks ditahan tular di media sosial Dan Ketampanannya Menjadi perbualan.
DUA tahun lalu, warga media sosial pernah dilanda demam 'kegilaan' terhadap seorang banduan bernama Jeremy Meeks.

Meeks antara empat yang ditahan di Stockton, California, kerana memiliki senjata tanpa kebenaran pada 2014.

Hampir setahun selepas dibebaskan dari penjara, Meeks kini sudah bergelar peragawan.

Ia bukan sesuatu yang pelik kerana Meeks sememangnya sudah dikenali dalam kalangan netizen sebagai banduan paling kacak.

Gambar yang diambil ketika dia ditahan tular di media sosial dan ketampanannya menjadi perbualan.

Meeks secara rasmi memulakan tugasannya sebagai peragawan untuk label fesyen  Philipp Plein, di Minggu Fesyen New York, hujung minggu lalu.

Foto-foto peragaan Meeks tersebar dan netizen nyata tidak terkejut dengan perkembangan terbaru itu.




This post first appeared on ScaniaZ, please read the originial post: here

Share the post

'Banduan paling tampan' jadi tumpuan di Minggu Fesyen New York

×

Subscribe to Scaniaz

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×