Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

d Conference & d Awards 2024 Akan Berlangsung 21 Jun Ini, Bertemakan ‘Unleash Possibilities’!

D Conference & D Awards 2024 Akan Berlangsung 21 Jun Ini, Bertemakan ‘Unleash Possibilities’!

Acara yang ditunggu-tunggu ini, sekali lagi dilaksanakan untuk membuka ruang kepada transformasi Digital, mengumpulkan penggerak industri penerbitan digital dan pengiklanan digital.

MALAYSIAN DIGITAL ASSOCIATION (MDA)

Gambar: Presiden MDA Eileen Oi (kiri) dan pengerusi penganjur MDA d Awards & d Conference 2024 Pranav Jha (kanan).

d Conference

Bertemakan ‘Unleash Possibilities’, ia sebagai tanda industri kini sedang giat mencipta dan mengoptimumkan peluang dalam mengejar kecemerlangan digital.

“Matlamat kami tahun ini adalah untuk sumbang saran, berdebat dan membincangkan segala kemungkinan untuk membawa teknologi dan individu yang terbaik di dalam arena ini,” ujar Pengerusi Penganjur MDA dan Ketua Prestasi Media GroupM Malaysia, Pranav Jha.

Acara yang bakal berlangsung sehari itu akan menampilkan barisan pemikir profesional dengan pembentangan utama bertajuk ‘Navigating Disruption and Staying Relevant in Shifting Digital Landscape’.

Antara agenda yang tidak boleh dilepaskan ialah panel ASEAN yang dikendalikan oleh MDA Presiden Eileen Ooi. Beliau akan memilih wakil daripada badan-badan industri dan syarikat teknologi di rantau ini yang akan berkongsi amalan pengajaran terbaik untuk dimanfaatkan dalam pasaran digital.

Gambar: @malaysiandigitalassociation (Instagram)

Sepanjang d Conference, hampir 40 orang pakar bakal hadir untuk memberi penerangan tentang membina jenama dan kepercayaan pengguna, pengendalian data, kemampanan, kepimpinan, kecerdasan buatan (AI) serta metrik dan pengukuran.

Terdapat juga tiga sesi perbahasan, menjanjikan pertukaran pandangan yang dinamik dalam kalangan pengamal digital mengenai perubahan tingkah laku terkemuka, kesan AI terhadap potensi manusia dan kandungan yang diterajui jenama berbanding kandungan pencipta.

Gambar: @malaysiandigitalassociation (Instagram)

Selain itu, d Conference juga akan membawa panel daripada Meta, Adzymic, Astro, AnyMind Group and TikTok.

Tidak ketinggalan juga dengan penampilan penyampai radio AI yang pertama di Malaysia iaitu DJ Aina Sabrina dari Fly FM. Penyampai radio yang dicipta oleh Media Prima Audio (MPA) pada tahun lalu yang turut sama bakal berada di atas pentas untuk melancarkan acara ini.

d Awards

Dalam acara yang sama, d Awards adalah tentang meraikan pelbagai kemungkinan yang dicipta oleh jenama, agensi, penerbit dan syarikat yang menggunakan teknologi digital.

Makluman, tahun ini menyaksikan penerimaan yang banyak dalam penyertaan. Sejumlah 384 penyertaan iaitu peningkatan sebanyak 50% daripada tahun 2023. Mereka akan bersaing untuk 26 gelaran dan pemenang akan diumumkan pada malam 21 Jun.

“Kami telah cuba membawa sesuatu yang baru pada acara kami tahun ini dengan pengenalan kategori anugerah baharu seperti Penggunaan Terbaik DOOH dan Penggunaan Terbaik OTT (over-the-top)/Sambungan TV di dalam mana-mana media Malaysia atau anugerah digital,” kata Pranav.

Dalam pada itu, beliau juga mahu menarik perhatian d Young Achievers untuk mendekatkan pelajar universiti dengan komuniti digital. Terbuka kepada kumpulan universiti, program ini menjemput kumpulan pelajar untuk mempamerkan pemikiran mereka dengan membangunkan idea produk atau perkhidmatan menggunakan teknologi seperti AI, GPT, aplikasi, laman web, aplikasi Web 3.0, coding, SQL dan sebagainya.

5 pasukan teratas berpeluang menghadiri bengkel di pejabat Google, Kuala Lumpur

Selain peluang untuk menghadiri d Conference d Awards 2024, lima pasukan teratas akan dijemput untuk menghadiri bengkel setengah hari di pejabat Google di Kuala Lumpur.

Presiden MDA, Eileen Oi berkata, Persidangan dan Anugerah Digital MDA memainkan peranan penting dalam misi untuk membentuk pertumbuhan ekonomi digital dan bakat dengan mengemukakan pendedahan baharu serta meraikan hasil kerja terbaik di Malaysia.

Maklumat tiket, yuran dan pakej d Conference & d Awards 2024

Tiket berharga RM1,600 setiap satu (tidak termasuk SST, HRD Corp boleh ditebus), yang menyediakan akses kepada d Conference & d Awards 2024.

Yuran penyertaan ke d Conference sahaja ialah RM1,200 setiap orang (tidak termasuk SST, bukan HRD Corp boleh ditebus). Tiada akses ke d Awards untuk pemegang tiket kategori ini.

Pakej-pakej terhad, 10+1 tiket tersedia atas pertanyaan. Tiket percuma tidak termasuk akses ke d Awards.

Untuk info, d Conference & d Awards 2024 ditaja oleh Omnia dan Astro, Anymind dan Teads serta rakan tajaan iaitu TikTok, Taboola dan Google.

Jangan lupa untuk dapatkan tiket anda boleh layari ke https://www.d-awards.com.my/ dan https://d-conference.com.my/.

The post d Conference & d Awards 2024 Akan Berlangsung 21 Jun Ini, Bertemakan ‘Unleash Possibilities’! first appeared on SirapLimau.com.



This post first appeared on Bunga Daisy Kampung, please read the originial post: here

Share the post

d Conference & d Awards 2024 Akan Berlangsung 21 Jun Ini, Bertemakan ‘Unleash Possibilities’!

×