Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Izzue Islam Jangan hasut orang lain

PELAKON dan penyanyi Izzue Islam menjelaskan golongan anti Vaksin tidak sepatutnya mempengaruhi orang lain dengan menyebarkan berita palsu mengenai vaksin Covid-19.

Izzue berharap sesiapa yang anti vaksin supaya berhenti menghasut sehingga Membuatkan Orang Ramai meragui mengenai kepentingannya.

"Kalau tak mahu percaya atau enggan terima vaksin, tidak mengapalah. Itu hak mereka tetapi janganlah menghasut orang lain dengan memutarbelitkan fakta tanpa disokong dengan apa-apa bukti atau alasan kukuh. Ini tidak bagus kerana membuatkan orang ramai meragui mengenai kepentingan vaksin.

"Tidakkah anda berasa bersalah jika orang yang anda hasut itu dijangkiti Covid-19 apabila enggan menerima vaksin hasil daripada hasutan anda? Jadi, sudah-sudahlah menghasut," katanya.

Menurut pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu, dia juga menyedari Golongan Anti Vaksin bukan saja terdapat di Malaysia, tetapi juga di negara-negara lain.

"Satu tugas berat kepada mana-mana kerajaan untuk meyakinkan pihak yang tidak mahu mempercayai vaksin.

"Apa yang boleh kita buat adalah sama-sama menyebarkan kebaikan vaksin demi keselamatan rakyat. Rakyat dan kerajaan harus saling membantu," katanya.

Dalam pada itu, Izzue juga memuji kepantasan kerajaan dalam pemberian vaksin.

"Sekarang ini sebanyak 117,000 orang menerima vaksin setiap hari dan pada penghujung bulan Jun ini juga akan meningkat kepada 150,000 sehari. Makin bertambah bilangan sehari, makin banyak juga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan dibuka.

"Jadi dengan kepantasan ini, semoga kita dapat mencapai imuniti kelompok (herd immunity) pada penghujung tahun. Semua ini dapat dicapai dengan kerjasama daripada kita semua," katanya.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Izzue Islam Jangan hasut orang lain

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×