Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ratu Balqis enggan meratapi perceraian

Enggan terus meratapi kesedihan ekoran perceraian, penyanyi, Ratu Balqis, bangkit dengan single baharu berjudul Buaya yang turut menampilkan penyanyi, Mimi Fly sebagai rakan duet.

Bekas peserta program realiti Mentor Milenia 2017 itu berkata, dia kini lebih bersemangat dengan adanya single Buaya yang menjadi titik tolak untuk dirinya terus maju dalam bidang nyanyian.

"Saya tak mahu bersedih dan semakin fokus dengan kerjaya. Single Buaya adalah bukti saya serius untuk terus menyanyi. Jujurnya, nyanyian adalah jiwa saya.

"Saya menunggu hampir 10 tahun untuk menghasilkan single. Saya pernah menyertai banyak syarikat rakaman, tetapi semuanya tak menjadi selepas keluar program Mentor Milenia pada 2017. Alhamdulillah, sekarang baru berpeluang ada single sendiri," katanya kepada BH Online.

Ratu Balqis berterima kasih pada pengurusnya, Mohd Firdaus Hajar, yang membantunya kembali fokus pada dunia nyanyian selepas mendiamkan diri selama dua tahun.

"Saya kerap memuat naik lagu saduran menerusi laman Instagram sejak Februari lalu. Dari situ, Firdaus mempelawa saya untuk merakamkan lagu. Dialah yang mencari lagu untuk saya dan banyak menolong sehingga berjaya mengeluarkan single Buaya.

"Saya berterima kasih kepada Mimi Fly kerana sudi bekerjasama dengan saya. Bekerja dengan Mimi Fly sangat mudah dan single Buaya dapat dihasilkan dalam tempoh sebulan sahaja," katanya.

Mengulas kisah di sebalik single Buaya, Ratu Balqis menafikan ia berkisarkan bekas suaminya. Bagaimanapun, penyanyi berusia 21 tahun itu tidak menolak, ia ditulis berdasarkan pengalamannya.

"Sudah tentu ia dari pengalaman sebagai wanita. Takkanlah seseorang tak pernah berjumpa dengan buaya?. Sememangnya, lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman saya, tetapi orang yang dimaksudkan bukan bekas suami," katanya yang masih bekerja sebagai setiausaha.

Single Buaya ciptaan dan lirik oleh Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Balqis dan Mimi Fly. Ia boleh didengari di semua platform digital.

Sebelum ini, Ratu Balqis mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hakimi Ikmal pada November 2017, bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama dua tahun. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohd Hamka Iman.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Ratu Balqis enggan meratapi perceraian

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×