Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Siti Nurhaliza tak rela tangguh impian untuk dapat anak kedua




IMPIAN penyanyi ternama Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk menimang cahaya mata kedua tetap diteruskan walaupun kerjaya seninya kembali aktif dengan pelancaran album solo studio ke-18 berjudul ManifestaSITI2020.

Siti berkata, dia tidak berhasrat untuk menangguhkan impian berkenaan memandangkan sudah cukup bersedia ke arah itu.

"Usaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua akan tetap diteruskan seperti apa yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

"Sama ada menerusi kaedah rawatan ataupun secara normal, hasrat ini tetap ada kerana saya sudah lama bersedia.

"Bagi saya, kerja tetap perlu berjalan dan hal keluarga pun mesti diteruskan. Lagipun, saya bukan semakin muda. Buat apa nak tangguh-tangguh," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album ManifestaSITI2020, baru-baru ini.


Pada Februari lalu, Siti menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta sebagai persediaan untuk dirinya hamil lagi.

Prosedur itu perlu dilakukan kerana Siti mengguna kaedah rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) seperti yang dilakukannya ketika mengandungkan Siti Aafiyah, tiga tahun lalu.

Sebelum ini, Siti juga menyatakan hasratnya untuk menimang anak lelaki pula.

"Kalau boleh nak sepasang iaitu lelaki pula lepas ini. Lagi pun, dah ada perempuan. Tapi, saya tetap berserah kepada Allah.

"Apa pun yang Allah berikan, saya bersyukur. Asalkan Allah izin saya hamil, saya terima saja sama ada anak lelaki atau perempuan," katanya.



This post first appeared on Buletin Malaysia, please read the originial post: here

Share the post

Siti Nurhaliza tak rela tangguh impian untuk dapat anak kedua

×

Subscribe to Buletin Malaysia

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×