Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1998 DI MALAYSIA

 GALAKSI VIRAL Tahun 1998 merupakan tahun kejayaan Siti Nurhaliza kerana banyak memenangi anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer Pak Ngah dan Eddie Hamid pula merupakan komposer paling popular pada tahun itu. Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Hairul Anuar Harun dan Man Toba. Tahun ini juga menyaksikan irama Malaysia/Pop Etnik dan Pop Jiwang menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok Lagu manakah paling popular pada tahun 1998 di Malaysia.




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 
TAHUN 1998


01. CINDAI

Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Cindai 
Tahun : 17 November 1997
Catatan : 
Ramai terkejut apabila Siti Nurhaliza muncul lagu baru Irama Malaysia berjudul  Cindai kerana muzik berkenaan baru hendak popular di pasaran muzik arus perdana ketika itu. Namun, percubaan Siti menjadi sangat berjaya apabila lagu Cindai berjaya menjadi Lagu Paling Popular Tahun 1998, Lagu Terbaik era 1990 an dan juga Pemenang Utama  AJL 1998. Pada awal Lagu Ini diterbitkan, ada yang mengatakan lagu ini ada kait rapat dengan lagu pontianak kerana lagu ini berhantu (cepat popular pada ketika itu). Namun ianya hanyalah khabar angin semata-mata kerana lagu ini tiada kena mengena dengan hal berkenaan. Ramai memuji kualiti lagu ini baik dari segi muzik dan juga lirik lagunya yang sangat kaya dengan bahasa sastera yang puitis dan mantap. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu Melayu paling popular sepanjang zaman di Alam Nusantara. 



02. STANDING IN THE EYES OF THE WORLD


Artis : Ella
Komposer : Wah Idris / David Gates 
Penulis Lirik : Wah Idris / David Gates 
Album : -
Tahun : 1998
Catatan : 
Lagu tema Sukan Komanwel ini berjaya menjadi salah satu lagu patriotik paling popular di Malaysia sejak tahun 1998. Hampir semua rakyat Malaysia mengetahui lagu ini kerana keunikan muziknya yang mengabungkan irama Pop dengan sedikit elemen Tradisional menjadikan ia satu identiti muzik Malaysia yang sangat hebat, mantap dan universal. Kelunakan vokal Diva Pop Ella juga telah berjaya menambahkan kehangatan lagu ini sehingga ianya menjadi siulan peminat tanpa mengira usia muda dan tua. 



03. DIKIR PUTERI

Artis : Noraniza Idris 
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Mashyur 
Tahun : 1998
Catatan : 
Lagu Dikir Puteri ini adalah salah satu lagu Malaysia yang sangat berjaya di luar negara terutamanya di Thailand. Kemeriahan lagu ini berjaya memberikan satu keseronokan dan kepuasan kepada sesiapa sahaja mendengarnya. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 20 minggu. Diva Pop Etnik Noraniza Idris juga memenangi Persembahan Terbaik  melalui lagu ini juga di pertandingan akhir AJL 1998.




04. RINDU SERINDU RINDUNYA

Artis :  Spoon
Komposer : Eddie Hamid
Penulis Lirik : Man Toba
Album : Spoon
Tahun : 1998
Catatan : 
Komposer Eddie Hamid sekali lagi mencipta fenomena hebat pada tahun 1998 apabila lagu ini menjadi mega hits sepanjang tahun 1998. Disebabkan populariti lagu ini juga album Spoon berjaya terjual lebih 100,000 unit dan ini mengejutkan ramai pihak kerana kumpulan Spoon adalah kumpulan baru dan ekonomi pada tahun itu juga tidak menentu. Lagu ini pernah dinyanyikan semula oleh Diva Pop Malaysia arwah Sharifah Aini (1999), Ezad Lazim (2011)  dan penyanyi Indonesia Firman (2014).



05. NUR NILAM SARI

Artis : Seach feat Awie
Komposer : Search M.Nasir
Penulis Lirik : Loloq
Album : Bikin Wilayah
Tahun : 1998
Catatan : 
Lagu ini adalah salah satu lagu terbaik kumpulan Search dan Awie. Kolaborasi kedua-dua Ikon Muzik Malaysia berjaya menghasilkan satu produk yang bermutu tinggi dan berkualiti seperti lagu ini. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1998/1999 ialah No.1 selama 10 minggu dan berada di dalam carta selama  40 minggu. Lagu ini juga merupakan Juara Carta Mingguan ERA tahun 1998.



06. MEMORI DAUN PISANG


Artis : Amelina & Iwan
Komposer : Harry RKS
Penulis Lirik : Solid AG
Album : Dang Dang Dut 2
Tahun : 1998
Catatan : 
Lagu ini adalah lagu Dangdut paling popular tahun 1998. Lagu adunan semula ini berjaya mengekalkan populariti Amelina dan Iwan sebagai Ikon Dangdut Malaysia yang sangat bepengaruh ketika itu. Lagu ini juga terkenal dengan lirik lagu Lai Lai Lai Lai dan juga perkataan Daun Pisang di kalangan peminat hiburan ketika itu. 



07. PURNAMA MERINDU

Artis : Siti Nurhaliza 
Komposer : Azmeer 
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Adiwarna
Tahun : 1998
Catatan : 
Lagu mega hits ini amat popular pada tahun 1998 kerana lagunya yang bernada tinggi dan mencabar vokal. Lagu ini juga di antara lagu paling lama berada di dalam Carta Muzik Muzik iaitu selama 48 minggu dan berjaya memecah rekod Ziana Zain untuk lagu kategori Balada paling lama menjadi juara  iaitu 17 minggu. 



08. TIADA JODOH ANTARA KITA

Artis : Ziana Zain
Komposer : Fauzi Marzuki
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : The Best of Ziana Zain
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini berjaya mengekalkan populariti Ziana Zain sebagai Ratu Pop era 1990 an apabila lagu berjaya menjuarai Carta Muzik Muzik 1998/1999 selama dua minggu dan berada di dalam carta selama 33 minggu. Lagu ini adalah lagu bonus di dalam album kompilasi Ziana Zain yang diterbitkan pada tahun 1998.



09. AKU CINTA AKU RINDU


Artis : Nurul & Ajai
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Nurul
Album : Kini & Selamanya 
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini memegang rekod antara lagu paling lama berada di dalam Carta Muzik Muzik 1999 iaitu selama 49 minggu dan kedudukan terbaik di dalam carta pula di tangga kedua. Lagu ini berjaya memenangi kategori Lagu Terbaik AIM 1999 dan pernah bertanding di peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 1999 di dalam kategori Balada. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu duet paling berjaya di era 1990 an.



10. BILA RESAH

Artis : Anuar Zain
Komposer : Aznul Haidi
Penulis Lirik : Aznul Haidi
Album : Anuar Zain
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop R&B paling popular pada tahun 1998. Lagu ini berjaya menaikkan nama Anuar Zain sebagai salah seorang penyanyi lelaki berbakat besar dan berpotensi menjadi Artis Lelaki No.1 Malaysia. Lagu ini juga berjaya ke peringkat Akhir AJL 1998 di dalam kategori Pop Rock. 



11. SERI LANGKAT

Artis : Jamal Abdillah  & Amelina 
Komposer : Copyright Controlled
Penulis Lirik : Copyright Controlled
Album : Samrah Mentari
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu adunan semula dengan susunan muzik yang lebih moden ini telah berjaya menarik perhatian generasi muda ketika itu untuk meminanti lagu ini. Kombinasi alunan vokal Raja Pop Jamal Abdillah dan Ratu Dangdut Amelina ternyata sangat serasi dan menjadi kerana lagu versi nyanyian mereka masih diminati dan popular sehingga kini. Lagu ini juga merupakan antara penampilan terakhir Amelina sebelum beliau menghilangkan diri hampir 15 tahun dari dunia hiburan atas komitmen tertentu. 


12. JUWITA

Artis : Saleem
Komposer : Ajai
Penulis Lirik : Azlan.Zaman
Album : Maaf
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini berjaya menaikkan semula nama Saleem sebagai salah seorang penyanyi lelaki popular tahun 1998. Lagu Popini  juga menjadi lagu ciptaan pertama Ajai yang layak ke peringkat Akhir AJL 1998 di dalam kategori Balada. Lagu ini pernah menjuarai Carta Muzik Muzik 1998 selama  4 minggu dan berada di dalam carta selama 20 minggu.


-------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ASIA
PALING POPULAR
DI MALAYSIA

CUKUP SUDAH
(INDONESIA)


Artis : Glenn
Komposer : Yovie Widianto
Penulis Lirik : Yovie Widianto
Album : Glenn
Tahun : 1998
Catatan :
Lagu ini menjadi sangat popular kerana Radio ERA kerap memutarkan lagu ini di stesen radio mereka dan video muziknya juga selalu ditayangkan di saluran TV NTV7. Lagu ini menjadi lagu pengenalan Glenn kepada peminat seni hiburan Malaysia. 


------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR 
DI MALAYSIA


MY HEART WILL GO ON
(KANADA)


Artis : Celine Dion
Komposer : James Horner
Penulis Lirik : Will Jennings
Album : Titanic OST/Let's Talk About Love
Tahun : 8 Disember 1997 (Single)
Catatan :
Tahun 1998 adalah tahun Celine Dion. Ini adalah kerana lagu nyanyian beliau berjudul My Heart Will Go On yang juga merupakan lagu tema filem blockbuster Titanic meletop di pasaran seni antarabangsa. Antara kejayaan lagu ini ialah menjadi Lagu Paling Popular Di Dunia tahun 1998 dan memenangi empat Anugerah Grammy 1999 untuk kategori Lagu Sepanjang Tahun, Rekod Sepanjang Tahun, Persembahan Vokal Wanita Pop Terbaik serta Lagu Tema Filem Terbaik. 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image



This post first appeared on Galaksi Viral, please read the originial post: here

Share the post

LAGU PALING POPULAR TAHUN 1998 DI MALAYSIA

×

Subscribe to Galaksi Viral

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×