Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Hotel di Bandung – Amaris Cimanuk Bandung

Tags: hotel kami

Trip 6D5N ke Bandung ni memang dirancang lebih awal, Kami dapat tiket free seat dari AirAsia dan jumlah yang perlu dibayar cuma RM324 untuk 2 orang – return ticket. Mana lagi nak dapat flight tiket semurah ni kan?

Kami sampai di Bandung jam 4 petang, penerbangan cuma 2 jam 30 minit sahaja dari LCCT. Bandung lebih cool berbanding tempat kita, dan sebaik je keluar airport memang dah nampak factory outlets yang ada di kiri kanan jalan.

Seperti biasa, kami akan tempah Hotel untuk malam pertama di sesuatu tempat. Bukan apa, tak nak menggagau dalam tempat orang sambil pikul beg 10 kg. Ambil teksi dari airport sampai ke Amaris Cimanuk Hotel dengan bayaran IDR45,000.  Teksi warna biru.

Hotel ni jauh sikit dari pusat bandar, kena lalui pusat bandar dulu baru sampai ke hotel. Kena menapak la jawabnya kalau nak ke bandar dari hotel. Hari mula-mula kami tak pergi shopping apa pun. Sebabnya kami selesakan diri dulu dan makan-makan je. Malam tu pusing-pusing kawasan hotel – jalan kaki je. Sekeliling hotel ni ada banyak bar, ada restoren makanan Jepun juga yang sudah tentu tak halal.

Saiz bilik memang cukup untuk dua orang, tak lah besar sampai boleh main lari-lari macam Hotel Casa Del Rio di Melaka atau Best Western Hotel di Kuala Lumpur, tapi cukup lah untuk rehat dan solat. We get what paid for, right? Memang saiz homestay kami 4 kali ganda lebih besar dari bilik hotel ni dan harga pun murah je (promo sikit)

Restoren lain banyak je di Bandung, tak ada masalah langsung bab makan. Senang betul nak makan, sebab memang tempat ni majoriti muslim, tak macam Bali. Hotel Amaris Cimanuk Bandung ni kami booking online. Anda boleh book juga tapi saya tak berapa rekemen lah kalau anda tak ada kenderaan. Kami duk sini satu malam sahaja. Esoknya checkout.

Hotel baru, bersih dan tak bising. Harga semalaman ialah lebih kurang RM130 termasuk cukai. Bilik kecil, saiz biasa. Ada elevator, dan standard hotel macam hotel lain.

Kami memang pakar sepahkan bilik. Dapat bilik bersih, kejap je kami tabur barang. InsyaAllah tabiat tabur barang merata ni akan kami perbaiki sebelum dapat anak. Sebab kami tak nak anak-anak yang suka buat sepah hahaha

Untuk business travelers, hotel ni kira boleh direkemenlah. Asalkan ada meja dan internet percuma tu kira cukup bagus.

Harga bilik termasuk dengan breakfast di ground floor, hari pertama duduk situ tak sempat kami breakfast pun sebab lepas sembahyang subuh, kami sambung tidur sampai ke jam 11. Bangun jam 11, terus sumbat barang dalam beg kemudian menapak ke pusat bandar untuk cari hotel yang within walking distance dengan supermarket, mall dan factory outlets.

Related Posts:

  • Tempat Wajib Lawat di Bandung – Tangkuban Perahu
  • Itinerary Panduan Melancong ke Jepun (Tokyo)


This post first appeared on HOMESTAY IN KELANTAN, please read the originial post: here

Share the post

Hotel di Bandung – Amaris Cimanuk Bandung

×

Subscribe to Homestay In Kelantan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×