Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Sri Chiangmai Restaurant, Kota Bharu. Restoren yang tiada nombor telefon dan website

NOTE: JANGAN TELEFON NOMBOR TELEFON YG ADA DALAM BLOG INI UNTUK BUAT RESERVATION DI SRI CHIANG MAI.

Memandangkan ada orang nak makan Thai foods, maka kenalah pergi makan Thai foods di Thai restaurant.

Di Kota Bharu ni ada banyak Thai restaurant. Tapi yg famous sikit je. Ada dua pilihan yg saya nak rekomen. Satu, Sri Chiangmai Restaurant di Jalan Sri Cemerlang, dan Kengsom Restaurant di Jalan Kebun Sultan.

Sri Chiangmai Restaurant dibuka jam 12 hingga 3 pm pada siang, dan 6 pm pada sessi malam. Kami pergi jam 2.

Tak ramai langsung pergi time tu sebab dah lepas lunch hour.

Kami order Ayam Goreng Masak Limau, Tauhu Goreng, Sayur Kangkung Goreng Belacan dan Ikan Siakap Masak Kengsom.

Ikan Siakap Kengsom ni yang paling best. Sebabnya, dalam kuah tu ada umbut kelapa! Selalunya jarang nak dapat makan umbut kelapa ni kalau bukan ketika majlis kenduri kahwin. Dan sebetulnya, ini pertama kali saya makan umbut kelapa dalam kuah masakan berasaskan ikan.

Semuanya sedap-sedap belaka. Hot and spicy!

Tengok pada hidangan ni macam boleh 4 orang makan. Tapi sebab kami pergi dua orang je, so nasik pun tak makan. Makan lauk aje lah. Tengok muka Yacoob pun macam puas hati je boleh makan Thai food kali ni.

Katanya lagi sedap dari D’Laila Restaurant di Jalan Tok Hakim.

Semua menu dalam gambar ni, termasuk air Kopi O Beng, Teh Cina dan Teh O Beng, jumlahnya cuma RM62. Murah gila kan?

Macam mana nak ke Restoren Sri Chiangmai ni?

Senang je, klik sini dan tengok peta ni. Nak senang lagi, print dan bawa semasa datang ke Kelantan.

Jarak dari homestay kami ke Sri Chiangmai Restaurant cuma kurang 4 KM atau lebih kurang 9 minit memandu (kalau tak ada masalah traffic jam).

Update: Hampir 100 carian dari Google yang tiba ke blogpost ini untuk keyword Restoren Sri Chiangmai Kelantan. Oleh yang demikian, saya cadangkan kepada pemilik restoren Sri Chiangmai supaya upah orang Bina Laman Web untuk restoren tuan. Boleh visit www.bloggerrich.com untuk servis bina laman web di Kelantan Murah je upah bina website ni, starting price cuma RM500 sahaja. Huhu
NOTE: JANGAN TELEFON NOMBOR TELEFON YG ADA DALAM BLOG INI UNTUK BUAT RESERVATION DI SRI CHIANG MAI.

Related Posts:

  • Hotel di Bandung – Amaris Cimanuk Bandung
  • Tempat Wajib Lawat di Bandung – Tangkuban Perahu
  • Itinerary Panduan Melancong ke Jepun (Tokyo)


This post first appeared on HOMESTAY IN KELANTAN, please read the originial post: here

Share the post

Sri Chiangmai Restaurant, Kota Bharu. Restoren yang tiada nombor telefon dan website

×

Subscribe to Homestay In Kelantan

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×