Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kehebatan Telephoto

SELEPAS memiliki Lensa biasa dan lensa sudut luas, keperluan seterusnya yang mungkin dapat memberi lebih kepuasan dalam hobi fotografi adalah lensa telefoto.
Secara umumnya, lensa yang mempunyai saiz lebih panjang ini berfungsi membesarkan saiz objek dengan membawa subjek yang berada jauh dari pandangan mata kelihatan lebih dekat dan besar.


Namun kegunaan lensa telefoto bukan hanya sebagai 'kanta pembesar' pada kamera sebaliknya mampu memberikan perspektif yang membolehkan pengguna menerokai ruang kreativiti dengan pelbagai cara.
Antara kesan yang paling digemari daripada penggunaan lensa versatil ini adalah keupayaan menonjolkan subjek dengan mengasingkan latar belakang menjadi kabur.
Selain itu, lensa ini juga menghasilkan pemampatan imej yang mewujudkan keintiman antara subjek dengan latar belakang walaupun pada hakikatnya kedua-duanya terpisah jauh.
Kesan pemampatan yang dimaksudkan itu boleh dilihat melalui rakaman pemandangan yang mana matahari dan bulan kelihatan lebih besar berbanding objek-objek lain.
Dalam fotografi landskap yang selalunya sinonim dengan lensa sudut luas, penggunaan lensa telefoto kadang kala mampu menghasilkan gambar yang cukup kreatif.
Bagaimanapun, penggunaan lensa dengan jarak fokal yang panjang ini tidak dapat lari daripada masalah gegaran sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.
Oleh itu, pengawalan kelajuan pengatup harus diberi perhatian dan sekiranya lensa dilengkapi teknologi penstabilan imej atau pengurangan gegaran, jangan lupa untuk mengaktifkannya.

Selain menjadi lensa wajib bagi jurufoto sukan, kewartawanan dan alam semulajadi, lensa telefoto juga pilihan yang baik untuk kegunaan fotografi potret dan makro.
Di pasaran, lensa telefoto datang dalam pelbagai jarak fokal dan spesifikasi. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu telefoto boleh zum dan telefoto berjarak fokal tetap.
Selain ditentukan oleh jarak fokal, harga bagi Sebuah Lensa Telefoto biasanya bergantung kepada saiz bukaan pengatupnya. Misalnya sebuah lensa telefoto 70-200mm yang mempunyai bukaan pengatup f/2.8 dijual pada harga kira-kira RM7,000 berbanding RM4,000 bagi Yang Mempunyai Bukaan pengatup f/4.



This post first appeared on Acrossplanet, please read the originial post: here

Share the post

Kehebatan Telephoto

×

Subscribe to Acrossplanet

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×