Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: TOTENHAM LAWAN LIVERPOOL

Tottenham Hotspurs vs Liverpool 7:30pm (Waktu ) 15 September 2018 (Sabtu) Stadium: Wembley Stadium Siaran Langsung: Astro 816/834

Cukup siksa minggu Perlawanan antarabangsa kan. Geng Eropah konon nak bagi gempak buat UEFA Nations League, untuk ganti perlawanan persahabatan. Nampak macam ada juga peranan bila pemenang kumpulan akan dapat main dalam EURO2020. UEFA nampak agak kreatif nak tarik duit peminat bola, sebab kalau perlawanan persahabatan jarang orang beli tiket. 

Gerombolan Pemain Liverpool pulang dari kem negara masing-masing dengan rekod cemerlang, bebas dari kecederaan. Mungkin ada yang sedikit kepenatan dan lenguh-lenguh badan. Namun berita gembira adalah dari kem Spurs, lawan kita nanti bilamana 2 pemain utama mereka, si goli Lloris dan pemain kreatif, Delle Alli. 

Alisson
Trent Gomez, vanDijk Robertson
Milner Keita Wijnaldum
Salah Firmino Mane

Masihkah perlu ada penggiliran untuk perlawanan ni. Rasanya mungkin Klopp taknak keserasian 4 perlawanan dulu terganggu. Ada bunyi yang pemain simpanan dok merungut tak diberi peluang lagi. Untuk rekod, musim ni paling kurang 50 perlawanan pemain akan hadap. Kesebelasan utama takkan selamanya kekal. Jadi sabar itu separuh iman, masa bakal tentukan sebab keperluan ada untuk penggiliran.

Spurs walaupun tanpa Lloris dan Alli, masih pasukan yang mampu mencabar. Mereka masih pasukan badi kepada kita. Ingat lagi insiden Klopp bengang dengan Lovren sebab main sambil tidur, dan buat pertukaran sejurus gol kedua Kane. Jadi ketiadaan Lovren diganti Gomez, Spurs kena cuba tektik baru nak cari lubuk. Setakat sekarang pencapaian Gomez sangat cemerlang bila bermain dibawah tunjuk ajar Van Dijk.

Macam perlawanan Spurs dengan Watford yang Spurs tewas 2-1, apa yang abam tengok Spurs kena bukan sebab Watford hebat permainan. Tetapi cara mereka berjuang untuk hadkan serangan Spurs salah satu punca, dari banyak faktor termasuk ketidakupayaan Spurs sendiri. Bek mereka cukup kental tetapi dalam banyak keadaan Watford dapat ambil peluang yang sangat terhad.

Jadi kalau nak tiru cara Watford memang takkan kot, sebab mereka banyak main bola tinggi.  Apa yang patut diambil iktibar ialah cara Watford memenangi setiap bola ditengah tak kasi pemain kreatif macam Erikson nak sembur bola kat pemain serangan mereka. Abam rasa tugas Mat Gandum untuk menempek kat Erikson supaya pemain itu tak boleh buat kerja.

Rasanya perlawanan ni takkan berlaku kenduri gol kot. Spurs tak nampak mereka akan bersikap berani kerana waspada dengan trio serangan kita. Dan bek kita juga dah nampak ganas dan agresif bertahan hinggakan tiada kebolosan mutlak walaupun bolos sebiji akibat sikap bongkak Alisson. Kalau nak tengok prestasi pasukan memang Liverpool pilihan untuk menang di Wembley, namun Spurs pasti akan berikan tentangan sengit demi 3 mata.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: TOTENHAM LAWAN LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×