Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

FABINHO PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19


Agak lambat tulis pasal pembelian terbaru Fabinho. Sebenarnya memang suatu kejutan bagi semua. Tambahan sangat buat peminat Menyu. Mereka didendangkan dengan bunyi2 nak beli Fabinho dari musim lepas. Nak buat camna Monaco kena kekalkan beberapa Pemain setelah beberapa pemain dari skuad utama kena borong. Mungkin kalau Bakayoko tak ke Chelsea, Fabinho dah ke Menyu rasanya awal musim yang baru habis ni.

Kenapa baru sekarang Klopp nak beli pemain tengah bertahan (DM) yang ideal. Jawapannya ada pada Emre dan Hendo. Hendo mungkin tak termampu nak main selalu dan Emre dah nak berambus. Kalau mereka kekal mungkin takkan merasa DM baru. Malah abam rasa Klopp tahu dia dah buat keputusan silap sebab bagi Lucas Leiva blah. Sampai sekarang dibuktikan Lucas masih berbisa kat Serie A dan jadi pemain terbaik Lazio musim ni.

Harga £40juta Pound boleh dikatakan berbaloi, walaupun tak murah sangat. Dia mungkin tak nampak sempoi musim ni berbanding musim sebelum tu. Namun boleh tahan juga dengan 8 gol musim ni dari seorang pemain tengah yang banyak bertugas kat kawasan bawah. Kelebihan Fabinho selain ketinggian, pemain ini boleh beraksi dalam pelbagai posisi termasuk bek kanan. Apa yang kita maklum dia bermula sebagai bek kanan dan di ejjas main tengah ketika di Monaco.

Apa kesan kehadiran Fabinho ketas pemain lain. Abam rasa Grujic mungkin akan dipinjam keluar lagi. Kapten Hendo bakal turun pangkat jadi simpanan. Dan mungkin kapten pun akan dapat kat Van Dijk lepas ni. Namun sebarang kemungkinan berdasarkan jika Fabinho mampu terus dapat kesebelasan utama. Apa yang paling penting, kehadiran beliau dapat buat kita lupakan Emre Can yang dah melingkup ke Juventus.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

FABINHO PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×