Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA : WATFORD 0-1 LIVERPOOL


Makin lama makin berdebar-debar. Betul orang cakap setiap Perlawanan yang dilalui dengan suasana macam perlawanan akhir. Sebelum City dan Menyu seri dan Arsenal tewas, kedudukan kita tak selesa. Tapi bila pesaing lain kantoi, memang rezeki terpijak. Rasanya banyak benda positif sebelum perlawanan. Paling utama kembalinya Lallana dan Sturridge dalam pasukan yang bertandang ke Vicarage Road.

Klopp takkan buat Mazzari tertanya-tanya. Kesebelasan, formasi dan taktikal memang tak berubah. Kiranya seakan-akan kerja senang buat pengurus nak hadap pasukan Klopp. Tetapi itulah prinsip Klopp dia tetap gunakan ideologi tanpa fikir kritikan . Sebenarnya itu cara mudah nak bagi pemain mahir corak beliau. Klopp cakap banyak plan pun kadang kala buat serabut. Namun bagi saya Klopp sedang menguji pemain, mana sesuai dan tak sesuai.

433 lawan 352, cantik lawan buruk. Beauty dan The Beast. Tapi perlawanan tetap jadi buruk disebabkan Watford main bola tinggi memanjang. Mereka memburukkan keadaan dengan corak agresif yang tiada penghujung. Nasib baik pemain kita makin matang sejak lawan pasukan susun bas, Stoke , WBA dan Palace. Pengalaman mematangkan pemain tetapi yang lebih penting Klopp dah boleh terima hakikat lawan api juga dengan api.

Percubaan tak berapa sempoi, hanya berlegar dari percubaan luar kotak. Cukup sukar dengan penyerang sederhana macam Origi. Kita tahu dia masih belajar nak jadi penyerang bagus. Tetapi setakat sekarang, Sturridge masih didepan dengan kualiti cuma kecederaan jadi badi. Sementara pasukan baru nak panas, Coutinho pula dikeluarkan tak sampai 15 minit perlawanan. Kita dah cuak sebab sumber kreativiti dah keluar.

Namun kemasukan Lallana menjadikan Liverpool lagi cemerlang sebab Lana jenis suka cepatkan hantaran kedepan berbanding Coutinho yang lebih nak bawa lari bola sambil cari ruang. Namun tidak kesediaan Watford main macam tuan rumah main hensem, buatkan pada suatu masa Liverpool pegang bola sampai kat 70 persen. Main hantaran selamat sentiasa bukan sebab nak main sangat camtu tetapi keadaan penyerang dan lawan yang penakut pahit.

Abam akui Emre dan Lucas pernah jadi sasaran kritikan. Bagi abam sesiapa yang main tak bersungguh dan sekadar jadi pembonceng dalam perlawanan dan kerap buat silap mesti kena bahan. Ini supaya mereka sedar, jika nak main dengan Liverpoolfc, kena hargai setiap peluang yang diberikan. Jadikan contoh Djimi Traore dan Vladmir Smicer sebagai teladan. Gandingan Emre dan Lucas menghasilkan gol terbaik dengan hantaran lambung Leiva disambut dengan sepakan basikal menyebabkan goli Watford hanya terkesima melihat bola masuk kedalam gawag.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool berharap nak kekalkan pendahuluan dan sebolehnya tambah gol untuk lebih sedapkan keadaan. Bagi Watford mereka sudah berasa nak cari gol cuma cara masih sama dengan hantaran lintang dari pemain bek sisi. Masa itulah betapa terujinya pertahanan kita nak hadap pertarungan udara, bertahan secara jemaah dan pentingnya Mignolet dah cekap nak cekup bola tinggi dan menumbuk bola keluar sebaik mungkin.

Sebenarnya bolasepak orang cakap perlukan nasib samada ketika serang mahupun bertahan. Itu betul, macam Guru agama selalu cakap bila dah habis usaha hanya tawakkal tunggu kesudahan. Yang penting usaha pemain dari bawah hingga atas dianggap cukup terbaik walaupun masih belum ditahap cemerlang. Cuma rezeki kita untuk kekalkan keputusan 1-0 hampir berkecai sebab kalau rembatan bek Watford yang berdentum kena palang tu masuk. Lain pula tajuk berita sukan esoknya.


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA : WATFORD 0-1 LIVERPOOL

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×