Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN EVERTON

Malas nak cerita bab sejarah. Ramai tahu Liverpool sekampung dengan Everton. Ini bukan perlawanan biasa-biasa, dia punya kaw macam rasa nasik kandaq Deen Jelutong. Perlawanan camni biasanya kalau sebelah utara, kiranya macam Penang lawan Kedah. Bukan nak rendahkan pasukan Penang tapi situasi sekarang mereka ibarat Everton dan Kedah macam Liverpool. Ada suatu masa dahulu Penang cenggini kuat tapi Kedah punyalah kamjad sampai turun Liga. Tapi akibat kerana Kedah pasukan besar dan Penang negeri kecil maka situasi sekarang berubah jauh kena tinggai tang kona.

Bagi pasukan kejiranan, perlawanan ni lah yang ditunggu-tunggu. Bagi pelawat mereka nak malukan tuan rumah dengan kejutan, dan tuan rumah pasti nak pelawat balik tangan kosong. Walaupun nak bandingkan Penang-Kedah atau Selangor-KL, tak berapa nak sama dengan Liverpool-Everton. Persamaan bagi kedua-dua peminat pasukan masing-masing, pasukan mereka menang tidur malam dengan senyuman. Yang kalah tidur gua dengan kemurungan. Kat Merseyside diorang punya budaya lain, tahan telinga memang sakit hati kena kutuk. Kalau kat Utara, masih boleh gelak ketawa pi keluar makan nasik kandaq bersama.

Mignolet 
Trent Matip Lovren Clyne
Milner Emre Gigi
Mane Firmino Coutinho

Everton musim ni punyai pasukan terkuat sejak zaman Moyes bawa masuk mereka ke Liga Juara-Juara. Ini bukan nak puji lawan, tetapi Koeman memang pengurus hebat sehebat masa dia main bola. Tinggalan Martinez ramai juga yang kekal. Tetapi apa yang dibawa masuk Koeman ialah pemain ala Kante di Chelsea, iaitu Idrissa Guayre. Macam tugas Kante, Idris memang terbaik diposisi DM. Sebab itulah sikit hari Idris mungkin bakal main kat Man City atau Arsenal. Sayang sekali Bolasie tak boleh main sebab ACL, kalau tak lagi meriah perlawanan nanti sebab mamat tu memang punyai saka bila lawan kita.

Berita baik tetapi nampak kurang ajar kalau kita meraikannya. Kecederaan Coleman mungkin satu asbab Everton gelisah bila lawan kita nanti. Saya tengok gambar Coleman patah kaki, sampai bengkok kena terjah masa lawan Wales. Nak tengok kali kedua memang rasa ngeri dan nyilu sebab abam bab eksiden memang tak berani nak tengok berkali-kali.  Harap beliau lekas sembuh tapi paling cepat tahun depan kot. Pengganti beliau tak silap Holgate ke Colgate pemain belia dan rasanya bakal jadi makanan Coutinho harapnya.

Lukaku penjaring terbanyak Liga Perdana dan sedang dalam prestasi terbaik musim ni. Saya tak risau jika Lovren dapat kembali main. Tetapi dengan Klavan, kaki tergelincir beliau dan tak berapa robes memang cukup terdedah jika Lukaku pandai ambil peluang. Sebab itulah Everton akan sasarkan setpis dan penjuru sebaiknya untuk hukum pertahanan kita. Kalau main kasar sikit takpa tetapi jangan buat pasal bagi sepakan dekat kawasan bahaya. Selain itu tak ada kekuatan lain dengan Everton sebab mereka akan pergunakan kederat Lukaku sahaja untuk robek kubu kita.

Haritu pergi ke Malaga, buat kem bina semangat tetapi balik kena lauk dengan Leicester. Kali ni buat lagi tapi di Tenerife, harap takda semangat yang tertinggal kat sana. Kebanyakan pemain yang pergi ke Tenerife tak terbabit dengan perlawanan antarabangsa berbanding Malaga yang semua sekali pergi. Jadi kembalinya pemain utama dari arena antarabangsa kali ni tak sakit cedera mungkin harapan lain sikit cerita sebab Everton juga ramai pemain terbabit dengan negara masing-masing.

Nasib kita agak malang kerana Lana bakal rehat sebulan cedera dan pastinya ramai nak Kapten Hendo segera pulih. Kalau susah sangat, daftar balik Gerrard sebagai pemain. Tengok lawan Real Madrid, kemain bertenaga abam kita tu macam zaman muda remaja. Malah perlawanan kejiranan memang feberet dia. Itu satu gurauan sebab secara realistiknya saya rasa pemain berpengalaman macam Milner perlu dalam situasi ini. Tempat Milner diri Clyne ambil dan kanan kasi Trent yang cemerlang bersama England bawah-19 baru-baru ni.

Keputusan dengan Everton akan tentukan peluang ke Liga Juara-Juara. Sangat penting dapatkan untuk mata penuh sebab pasukan lain juga ada peluang saksama termasuk lawan nanti, Everton yang hanya terpisah 6 mata. Harus diingat pasukan Setan Merah akan sokong Everton untuk memenangi perlawanan ini. Mereka harap bantuan Toffees untuk potong kita sebab dengan baki perlawanan kurang dari kita mereka boleh potong bila-bila masa. Jadi kemenangan dengan Everton macam serampang dua mata. 


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

LIGA PERDANA: LIVERPOOL LAWAN EVERTON

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×