Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

KENAPA DAN MENGAPA?



Terima kasih kepada yang memberikan maklumbalas kepada artikel saya yang tak seberapa baru-baru ini yang bertajuk APA YANG SAYA RASA DAN APA YANG ANDA RASA.Kepada tuan admin,jaga kesihatan bro.Dah nak masuk 4 series tu,makanan kena jaga.Selalu-selalu lah ke gym bagi mengeluarkan peluh.Bila penyakit mula hinggap,ubat pil adalah peneman sepanjang hayat.Sekali lagi artikel ini dari sudut pandang saya.Mungkin ada yang tidak bersetuju,saya mohon keampunan.

Satu perkara yang cukup menarik perhatian saya berkenaan dengan pasukan kesayangan kita ini ialah bagaimana kita dapat mencuri mata dengan pasukan-pasukan yang mantap dan keciciran mata yang merugikan kepada pasukan-pasukan yang kita anggap lemah.Bila kita berdepan dengan pasukan yang lemah,pengurus mereka cukup bijak untuk tidak bermain secara terbuka yang mana cukup digemari oleh pasukan kita untuk meratah mereka hidup-hidup hingga ke tulang.


Apabila mereka cuba untuk bermain secara terbuka,mereka seolah-olah mengundang kecelakaan kepada diri mereka sendiri.Jadi,pengurus mereka akan menyusun mereka supaya bermain secara 'bertahan dan tunggu kesilapan'.Di sini lah antara punca-punca kita banyak kehilangan mata pada bulan Januari.Tidak dinafikan antara penyebab lain adalah faktor kecederaan dan kehilangan mane.Termasuk jugak situasi 'off-form' dari beberapa pemain seperti mat kaca.(panas pulak hati nak cerita pasal mat kaca nie).

Kenapa kita boleh mencuri mata dari pasukan-pasukan enam teratas?Bagi saya,jawapan nya mungkin cukup mudah.Adakah pengurus-pengurus mereka sanggup untuk menggadaikan falsafah permainan mereka dan bermain secara bertahan?Jawapan nya TIDAK untuk chelsea,spurs,man citeh dan arsenal.Walaupun ada diantara permainan mereka tidak beberapa cantik,tetapi mereka tidak sanggup mencuri mata secara pondan.Tidak seperti kelab yang satu lagi,tak payah sebut lah kan.Jadi,pasukan-pasukan ini akan bermain seperti kebiasaan yang mereka main.Masing-masing dapat mempamerkan mutu permainan yang berkualiti dan menghiburkan kerana pengurus mereka percaya yang mereka boleh membaham kita dan mereka main untuk menang.Bukan sekadar untuk seri ataupun mengelakkan kekalahan.

Sedikit ulasan tentang perlawanan menentang spurs baru-baru ini.Cuma penambahan sikit dari tuan admin.Saya tidak malu mengatakan yang sepanjang separuh masa pertama,orang rumah tarik muka masam dengan saya.Sebab apa?Saya cukup-cukup teruja dengan mutu permainan team kita sehinggakan orang rumah ajak berborak saya suruh diam sekejap.Hahaha...Gegenpressing diadaptasi sepenuhnya oleh pemain-pemain kita.Bukan sahaja harry kane menyundal sorang-sorang kat atas,eriksen dan alli pun bersama meramaikan majlis.Cuma kredit untuk son sebab rajin mencari peluang.

Akhir kalam,saya amat berharap agar pasukan kita tergolong dalam Top 4 untuk melayakkan diri ke UCL.Mungkin bagi saya,harapan untuk kita menjulang trofi musim ini agak samar.Musim depan mungkin milik kita.Siapa tahu?Anda tahu?Sesiapapun tidak tahu.Jadi sama-samalah makan tauhu di padang kota,tuan admin belanja.Boleh bos?


This post first appeared on LIVERPOOLKITA, please read the originial post: here

Share the post

KENAPA DAN MENGAPA?

×

Subscribe to Liverpoolkita

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×