Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kronologi penubuhan IPT berteraskan Islam di Malaysia, PPI -Tinta Ruhum

Penubuhan Institusi Pengajian Islam merupakan kesinambungan dari perkembangan institusi berteraskan Islam yang masih tertaluk dibawah Perkara 3 (1) dan Perkara 12 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Menurut Kamaruzaman Ampon (2010), Antara faktor penubuhan sesebuah IPT ialah memberi khidmat masyarakat kepada penduduk dan perlaksanaan modal insan.  Manakala menurut  Ruzman Md Noor (2011), Institut pengajian tinggi Islam merupakan institut pengajian tinggi yang menekankan dan melahirkan graduan yang berasaskan didikan pengajian Islam seperti tauhid, syariah dan akhlak berbeza dengan IPT aliran bukan Islam yang tidak meletakkan agama Islam sebagai teras di dalam pengajian. Selepas Malaysia merdeka, peranan IPT Islam dalam melahirkan modal insan yang holistik telah diakui oleh banyak pihak termasuklah pihak kerajaan dan sektor pasaran kerja. Ia didorong daripada wujudnya modal insan daripada IPT Islam dalam dan luar negeri yang mampu bertindak sebagai pemangkin pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

Berikut adalah kronologi penubuhan IPT berteraskan Islam di Malaysia:


1980, TERENGGANU
Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Sekarang Dikenali Sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


1983, KUALA LUMPUR
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)


1994, MELAKA
Kolej Islam Melaka (KIM) sekarang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)


1994, KEDAH
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) sekarang Dikenali Sebagai Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UniSHAMS)


1995, SELANGOR
Kolej Islam Darul Ehsan (KISDAR) sekarang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)


1996, PAHANG
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) sekarang dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)


1997, JOHOR
Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) 


1997, N9
Kolej Universiti Teknologi Islam (UNITI)


1997, N9
Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) sekarang dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


1999,PERAK
Kolej Islam Darul Redzuan (KIDR) sekarang dikenali sebagai Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)


1999, KELANTAN
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)


Tiada Dalam Senarai:
1998
Kolej Perbankan & Kewangan Islam (KPKI)- Update: Sudah ditutup atas sebab tertentu.


Sekiranya inginkan info lanjut sila"KLIK" pada logo institusi diatas.


"Siapa mengkaji Sejarah, Dia tidak akan mudah tertipu"


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Kronologi penubuhan IPT berteraskan Islam di Malaysia, PPI -Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×