Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Iphone Hilang Boleh Diganti, Anak saya? Pedoman Surah Hujurat- Tinta Ruhum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t





Assalamualaikum w.b.t, Moga semua pembaca dalam keadaan sihat sejahtera, InsyaAllah. Hari ini penulis ingin berkongsi dengan para pembaca tauladan yang perlu diambil dari kematian seorang pelajar wanita yang membunuh diri kerana dituduh Mencuri Iphone Gurunya. Boleh baca artikel dari keratan akhbar:

Pelajar yang cuba membunuh diri selepas dia dituduh mencuri iPhone gurunya minggu lalu meninggal dunia pada jam 3.30 pagi ini.

Setiausaha NGO Tamilar Kural Malaysia, Satees Muniandy, yang memaklumkan berita itu kepada media, berkata anggota keluarganya berada di bilik mayat.

"Mereka terlalu sedih untuk bercakap sekarang," kata Satees kepada Malaysiakini.

Pelajar berusia 13 tahun itu dalam keadaan koma di Hospital Seberang Jaya sejak 24 Januari lalu selepas dia cuba menggantung dirinya dengan selendang.

Keluarga remaja tersebut sebelum ini membuat laporan polis dan menggesa agar siasatan dilakukan serta tindakan diambil terhadap guru terbabit.

Pelajar yang berasal dari Nibong Tebal itu sebelum ini dilaporkan menulis sepucuk surat sebelum cuba menggantung diri selepas dituduh mencuri telefon bimbit gurunya.

Pelajar itu bagaimanapun menafikan mencuri telefon berkenaan dan cuba menggantung dirinya menggunakan selendang ketika di rumahnya.

Datuk P Kamalanathan berkata kementerian meneliti kes itu dan mendedahkan bahawa guru berkenaan telah dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah.

Sumber: Malaysia Kini

Tuduhan merupakan suatu perbuatan yang mendatangkan kecenderungan menyatakan tentang keburukan dan kesalahan. Dalam Islam, tuduhan merupakan perkara yang sentiasa diingatkan tentang bahayanya dan mempunyai kesan-kesan tertentu dan hukuman yang tertentu. Didalam surah Hujurat Allah telah menerangkan dengan nyata tentang tuduhan dan solusinya:

Firman Allah:


Maksudnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."

(Surah Hujurat: 49: 6)

Nasihat dan arahan di dalam surah ini walaupun tertumpu kepada orang yang Islam namun secara tidak langsung boleh diguna pakai oleh semua agama. Ini kerana, nasihat ini merupakan cara yang paling baik apabila berdepan dengan situasi berkenaan hal yang tidak pasti. Ayat diatas menekankan bahawa apabila kita mendengar dari seorang yang fasiq, kita kena berhati-hati. Ini kerana orang yang fasiq kebiasaanya tidak berfikir atas kejahatan yang akan dilakukan. Ini boleh dilihat dari segi perlakuan, pengetahuan dan kecenderungan seseorang dalam kehidupannya. Apabila seseorang mendengarnya, perkara pertama yang harus dilakukan sebolehnya menolak perkara yang didengarnya dan meminta untuk penyebar menghadirkan saksi bagi perkara yang disebar itu. Adalah lebih baik jika perbincangan dilakukan secara temu mata dan bertanya kepada yang kena tuduh tetapi bukan dengan cara ugutan dan menakutkan tertuduh untuk mengaku.

Ulama' Islam telah menggariskan syarat yang perlu dipenuhi oleh saksi iaitu:
  1. Lelaki
  2. Baligh.
  3. Sempuma akal.
  4. Orang yang adil
  5. Beragama Islam.
  6. Benar-benar melihat kejadian sehingga dapat memberi keterangan dengan jelas, tempat dan tiada keraguan tentang pelakunya, cara pelakuan, tempat dan masa berlaku perbuatan tersebut.
  7. Penyaksian itu benar-benar membuktikan kejadiannya.
  8. Tidak berlengah-lengah tanpa keuzuran
  9. Saksi itu berkelayakan sehinggalah dilaksanakan hukuman itu.
Jika dilihat kronologi yang terjadi dalam kejadian di atas terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti iaitu:
  1. Guru tersebut bertindak melalui prasangka (CCTV)
  2. Ada sentuhan (Guru yang memukul)
  3. Mengurung pelajar tanpa belas kasihan.
  4. Ugutan yang dilakukan oleh suami beliau.
Pelakuan diatas sepatutnya tidak patut dilakukan oleh seorang guru Kepada muridnya. Apa yang perlu dilakukan hanya satu perkara, bawa dia kepada ibu bapa dan cari jalan penyelesaian. Terkesan juga hati penulis melihat berita, ibu kepada mendiang pelajar tersebut berkata "Iphone hilang boleh diganti, anak saya?". 

Kesimpulannya, Masyarakat wajib mengambil pengajaran tentang perkara ini. Bagi penulis sendiri sekiranya benar seperti yang diberitakan, perlu diambil tindakan sewajarnya bagi guru tersebut bukan sekadar menukar tempat pekerjaan. Wallahu'alam.


This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Iphone Hilang Boleh Diganti, Anak saya? Pedoman Surah Hujurat- Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×