Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Letih, Penat, Berbaloi-Tinta Ruhum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah masih berada di bumi Allah dan berpeluang menunaikan solat Subuh. 

Penulis terfikir kenapa penulis perlu Menulis blog sedangkan banyak lagi yang boleh dibuat seperti main game, baca buku dan movie. Sungguh menyeronokkan jika fikir balik. Penat juga menulis blog ni sebenarnya sebab kita kena banyak berfikir, nak cari bahan kat mana dan isu-isu yang boleh penulis ketengahkan. Bila nak menulis kena juga tengok tajuk yang belum ditulis oleh orang lain dan jika ada sekalipun kena ada huraian dan penambahan agar membuatkan penulisan kita unik.

Selain itu, bila nak menulis satu perkara yang kena sentiasa ada adalah mood. Jangan buat main, mood boleh mempengaruhi penulisan kita sebenarnya. Penulis selalu perhatikan terdapat perbezaan dalam susunan ayat dan cara penyampaian penulis-penulis blog apabila mereka dalam mood baik atau mood tak baik. Banyak bezanya, tak percaya boleh baca. Contohnya penulisan penulis sekarang ni, mood tengah kurang la ni. Ayat pun tunggang langgang tapi masih berupaya menaip.

Letihnya bila kita buat satu artikel tapi page view kita sikit. Otak dah perah habis ni sekali baca alahai sikit je. Betul tak? Jangan tak ngaku Allah tahu. hehehe. Semua blogger baru menulis lagi banyak kena tempias page view sikit ni. Apakan daya, blog baru tapi nak page view macam blog Dunia Zumal, Azah Rahaman, dan Azian Jaafar, manalah nak dapat. Blog baru setahun jagung ( boleh juga disebut benih jagung, tak sampai sebulan pun lagi). Jangan lupa jenguk blog mereka ye.

Apapun yang berlaku, semuanya jadi berbaloi apabila kita renung balik kenapa kita tulis blog. Penulisan blog ini tidak sia-sia kerana blog merupakan satu medium yang baik bagi kita untuk menyampaikan ilmu, berkongsi pendapat dan menyuarakan apa yang terpendam dalam sanubari. Terpulang kepada individu untuk menulis apa sahaja di blog mereka asalkan mereka tahu "dimana bumi dipijak ". Doakan penulis agar sentiasa diberikan kesihatan, idea bernas dan mood yang tinggi untuk menulis perkongsian. Ok? Siap satu penulisan. Alhamdulillah. 

Que Chill..

Yang Benar,
Ruhum @ Dhamiri




This post first appeared on Tinta Ruhum, please read the originial post: here

Share the post

Letih, Penat, Berbaloi-Tinta Ruhum

×

Subscribe to Tinta Ruhum

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×