Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Rukun Dan Cara Melaksanakan Solat



Menyempurnakan wuduk kemudian mengadap kiblat
Apabila kita ingin mengerjakan Solat, hendaklah kita menyempurnakan wuduk terlebih dahulu. Kemudian kita hendaklah mengadap kearah kiblat. Hal ini berdasarkan hadits :

نه صلى الله عليه وسلم قال للذي علمه كيف يصلي : إذا قمت إلى الصلاة فأسبغ الوضوء ثم استقبل القبلة...
Rasulullah s.a.w bersabda kepada orang yang diajarnya bersolat, “apabila engkau hendak bersolat berwuduklah dengan sempurna kemudian mengadaplah kearah kiblat…(Riwayat Bukhari 5897  dan Muslim 525) 

Rukun solat adalah bahagian yang asas bagi sesuatu perkara.Bahagian-bahagian solat terdiri daripada 13 rukun-rukunnya seperti niat,takbiratul ihram,rukuk’, sujud dan seumpamanya. Solat tidak akan sempuma dan tidak sah kecuali dengan menyempumakan kesemua bahagiannya yang disebut rukun mengikut cara dan susun atur yang datang daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang diterimanya daripada Jibril AS.Rukun dalam solat (Tajuk rukun di terangkan dengan warna) dirumuskan kepada 13 perkara dan akan dihuraikan satu persatu-satu sebagaimana berikut:

1.Berdiri sekiranya mampu ketika bersolat fardhu
Wajib berdiri bagi mereka yang mampu melakukannya bagi solat fardhu dan tidak sah solat seseorang yang mampu berdiri tetapi tidak melakukannya. Walaubagaimanapun bagi solat sunat, berdiri bagi yang mampu hanyalah sunat tetapi tidak afdhal. Dalil wajib berdiri ialah :

عن عمران بن حصين رضي الله عنه ه قال : كانت بي بواسير فسألت النبي صلى الله عليه وسلم عن صلاة فقال ( صل قائما فإن لم تستطع فقاعدا فإن لم تستطع فعلى جنب(

Maksudnya : daripada Imran bin Husein r.a katanya, “aku mengidap penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Rasulullah tentang solat”. Baginda bersabda “bersolatlah secara berdiri, jika tidak mampu, lakukanlah secara duduk, dan jika tidak mampu juga lakukalah secara mengiring.

Memandang ke tempat sujud
Makruh mengalihkan pandangan ke persekitarannya ketika solat. Sama ada memandang ke kiri atau ke kanan atau memandang ke bawah dan ke atas. Sunat terus menumpukan pandangan ke tempat sujud kecuali ketika tasyahud. Ketika ini hendaklah memandang kepada jari telunjuk yang menjadi isyarat ketika tasyahud. Semua perbuatan ini berdasarkan hadits Rasulullah s.a.w


2.Niat
Niat ialah mengingati tujuan sesuatu perbuatan ketika mula melakukannya. Tempet niat ialah di dalam hati. Sabda Rasulullah s.a.w :

قول النبي صلى الله عليه وسلم : إنما الأعمال بالنيات.....
(Riwayat Burkhari 1)
3. Mengucap takbiratul ihram (تكبيرة الإحرام)
Dalil wajib mengucap takbir ialah Sabda Rasulullah s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم.
(Riwayat al-Tirmizi 3 dan Abu Daud 61)
Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda “kunci solat ialah suci, ihramnya ialah takbir dan tahallulnya ialah salam”
Takbir mestilah dengan lafaz (الله اكبر)
Syarat sah takbiratul ihram ialah
I. Melafazkan takbir selepas berdiri. Tidak sah takbir semasa bangun untuk bersolat
II. Mengadap kiblat. Hendaklah takbir ketika mengadap kiblat
III. Bertakbir dalam bahasa Araborang yang tidak mampu bertakbir dalam bahasa Arab dan tidak mungkin mempelajarinya pada waktu itu bolehlah menterjemahkan maksudnya dalam apa-apa bahasa yang di kehendakinya. Tetapi dia wajib mempelajarinya jika berkemampuan.
IV. Mendengar semua takbir yang diucapkannya sendiri jika pendengarannya baik.
V. Bertakbir beserta niat.
Cara mengangkat tangan ketika bertakbir :
Rasulullah s.a.w bersabda :
ان النبى صلى الله عليه وسلم كان يرفع يديه خذو منكبيه اذا افتتح الصلاة، واذا كبر للركوع، واذا رفع راسه من الركوع.

Maksudnya : "Sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengangkat kedua tangannya setanding bahunya ketika memulakan solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuk". (Muttafaqun a’laihi)

Mambaca doa iftitah selepas takbir
Lafaz doa iftitah adalah berdasarkan hadis berikut :
عن علي بن أبي طالب عن رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه كان إذا قام إلى الصلاة قال : وجهت وجهي للذي فطر السماوات والأرض حنيفا وما أنا من المشركين إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين لا شريك له وبذلك أمرت وأنا من المسلمين
Maksudnya : daripada Ali r.a daripada Rasulullah s.a.w, apabila mendirikan solat, baginda membaca doa yang maksudnya : aku menghadapkan mukaku kepada yang menciptakan langit dan bumi dengan tulus ikhlas dan tidaklah aku dari golongan yang menyekutuimu. Sesungguhnya solatku, dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan seluruh alam. Tiada sekutu baginya dan begitulah aku telah diperintahkan dan aku adalah dari golongan mereka yang berserah kepadamu. (riwayat tirmizi 771)
Membaca Istia’zah (استعاذة) selepas doa iftitah. Lazaf tersebut ialah :
اعوز بالله من الشيطان الرجيم
Maksudnya : aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk

4.Membaca al-Fatihah
Membaca Al-fatihah merupakan rukun pada setiap rakaat soat walau apapun jenis solat tersebut. Hal ini berdasarkan hadits :
أن الرسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب (

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda “tidak sah solat orang yang tidak membaca Fatihah” (hadits riwayat Bukhari 723 dan Muslim 394)

Basmalah (بسملة) ialah salah satu daripada ayat daripada al-fatihah. Oleh itu tidak sah jika tidak membacanya bardasarkan hadits berikut :

عن أم سلمة رصي الله عنها أن الرسول الله صلى الله عليه وسلم عد بسم الله الرحمن الرحيم آية

Maksudnya : daripada Ummu Salamah, Nabi s.a.w mengira basmalah sebagai satu ayat.
Membaca Al-Quran selepas bacaan Fatihah.
Sunat membaca satu surah Al-quran walaupun pendek atau tiga ayat Al-Quran yang berturutan. Bacaan ini sunat bagi imam dan orang yang bersolat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat. Hal ini berdasarkan hadits :

عن سليمان بن يسار عن أبي هريرة قال : ما صليت وراء أحد أشبه صلاة برسول الله صلى الله عليه وسلم من فلان فصلينا وراء ذلك الإنسان وكان يطيل الأوليين من الظهر ويخفف في الأخريين ويخفف في العصر ويقرأ في المغرب بقصار المفصل ويقرأ في العشاء ب الشمس وضحاها وأشباهها ويقرأ في الصبح بسورتين طويلتين

Maksudnya : daripada sulaiman bin yasar, daripada Abu Hurairah katanya “aku tidak pernah mengikuti solat yang lebih menyerupai solat Rasulullah s.a.w selain daripada solat orang ini. Ketika kami solat dibelakangnya dia memanjangkan dua rakaat yang pertama solat zohor dan menyerdahanakan dua rakaat yang akhirnya. Dia juga menyerdahanakan solat asar manakala solat maghrib pula dia membaca ayat yang pendek. Ketika bersolat Isya’ dia membaca surah Al-Syams dan yang seumpamanya manakala pada solat subuh pula dia membaca dua surah yang panjang” (hadits soheh riwayat Al-Nasa’I 2/167)

5.Rukuk’
Sekurang-kurang rukuk’ ialah membongkokkan badan sekadar dua tapak tangannya sampai kepada dua lututnya. Ruku’ yang sempurna ialah membongkok sehingga belakangnya sama rata secara mendatar. Dalil bagi rukuk’ ialah : Firman Allah s.w.t :
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).
Sabda Rasulullah s.a.w :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لمن علمه الصلاة: ثم اركع حتى تطمئن راكعا

Maksudnya : sabda Rasulullah s.a.w kepada orang yang di ajarnya bersolat “kemudian engkau ruku’lah hinga engkau tetap dalam keadaan itu. (hadis riwayat al-Bukhari 724 dan Muslim 397)

Syarat sah ruku’
I. Membongkokkan badan sekira-kira dua tapak tangan sampai kepada dua lutut sebagaimana yang telah dinyatakan dahulu.
II. Tidak membokokkan badan dengan tujuan yang lain selain daripada ruku’
III. Tetap seketika (الطمأنينة) sekurang-kurangnya membongkok dengan tetap sekadar masa sekali tasbih
Cara ruku’ yang sempurna ialah menyamakan belakang denga tengkuk dalam keadaan rata, lurus dan tidak melengkung. Sementara dua betis di tegakkan dan kedua-duabelah tangan dengan jari yang terbuka memegang lutut sambil membaca tasbih sebanyak tiga kali. Hal ini berdasarkan hadits :

عن حذيفة قال: صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات ليلة .... ثم ركع فجعل يقول سبحان ربي العظيم، ثم سجد فقال سبحان ربي الأعلى....

Maksudnya : daripada Huzaifah katanya “pada suatu malam aku bersolat bersama-sama nabi…. Kemudian baginda ruku’ kemudian membaca tasbih yang maksudnya, maha suci tuhanku yang maha agung, kemudian baginda bersujud dan membaca tasbih yang maksudnya, maha suci tuhanku yang maha tinggi.”

6.I’tidal (الإعتدال)
I’tidal ialah berdiri di antara ruku’ dan sujud. Hal ini berdasarkan hadits :

عن عائشة انها وصفت صلاة النبي عليه الصلاة والسلام فقالت : وكان إذا رفع رأسه من الركوع لم يسجد حتى يستوي قائما

Maksudnya : daripada Aishah r.a ketika menceritakan cara solat nabi s.a.w katanya : “apabila mengangkat kepalanya daripada ruku’ baginda tidak sujud sehingga telah berdiri tegak.” (riwayat Muslim 498)

Cara berdiri I’tidal
I. Nabi s.a.w mengangkat kedua tangannya ketika berdiri iktidal dengan cara seperti yang dilakukan pada waktu takbiratui ihram.
II. Nabi s.a.w bangkit dari rukuk sambil mengucapkan :
سمع الله لمن حمده
III. Ketika iktidal beliau berdiri lurus sampai setiap ruas tulang belakang kembali pada tempatnya.” kemudian sambil berdiri beliau mengucapkan:
ربنا لك الحمد
Syarat I’tidal
i. Tidak bertujuan selain daripada I’tidal
ii. Tetap sekitika sekadar sekali tasbih
iii. Tidak berdiri terlalu lama hingga melebihi kadar bacaan Al-Fatihah. Ini kerana I’tidal merupakan rukun yang pendek

7.Sujud
Maksud sujud ialah dahi orang yang bersolat menyentuh terus dengan tempat sujud. Dalil sujud ialah, firman Allah :
Maksudnya : Wahai orang-orang Yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan Beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat). (surah al-Hajj ayat 77)
Sabda Rasulullah s.a.w :
ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا ثم ارفع حتى تطمئن جالسا ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا....

Maksudnya : “kemudian sujudlah hingga tetap dalam keadaan itu, kemudian bangunlah sehingga tetap keadaan dudukmu, kemudian sujudlah lagi sehingga keadaannya tetap.” (riwayat Bukhari 724)

Cara sujud yang sempurna ialah dengan bertakbir ketika turun sujud, meletakkan dua lutut diikuti dua tangan kemudian dahi dan hidung. Dua tangan terletak bertentangan dengan dua bahu sambil jari-jari dilepaskan rapat kearah kiblat. Jarakkan perut daripada dua peha dan dua siku daripada lantai dan dua rusuk sambil bertasbih sebanyak tiga kali(سبحان ربي الأعلى). Hal ini berdasarkan hadits-hadits berikut :
i. Riwayat Bukhari 770, 383,
ii. Riwayat Muslim 292, 494, 495,
iii. Riwayat Abu Daud 734, 735, 886
iv. Riwayat Al-Tirmizi 270, 261
v. Riwayat Al-Baihaqi 2/223

Syarat sujud
i. Menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah.
ii. Melakukan sujud dengan tujuh anggota badan. Sabda Nabi s.a.w :

عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : امرت ان اسجد على سبع اعظم : على الجبهة، والانف، والركيتين، والقدمين.

"Dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam beliau bersabda: Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh (anggota), dahi, [Rasulullah bersabda: "Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh bumi" dua tangan, dua lutut dan dua kaki". (riwayat Bukhari 779)
iii. Punggung hendaklah lebih tinggi daripada kepala
iv. Tidak sujud di atas pakaian yang dipakai yang bergerak mengikut pergerakannya.
v. Tidak bertujuan selain daripada sujud. Contohnya sujud kerana takutkan sesuatu.
vi. Menekan dahi di tempat sujud sehingga sekiranya kapas yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meninggalkan kesan yang jelas diatasnya
vii. Tetap seketika (الطمأنينة) semasa sujud sekurang-kurangnya sekadar sekali tasbih.

8.Duduk diantara dua sujud


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Rukun Dan Cara Melaksanakan Solat

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×