Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kenapa Angin Dalam Badan Banyak?

Angin dalam badan banyak adalah atas beberapa faktor antaranya faktor pemakanan dan juga faktor bernafas menggunakan mulut.Makanan yang diambil boleh menghasilkan zat-zat yang baik untuk badan dan boleh juga menghasilkan Angin dalam badan.Manakalah faktor penafasan pula adalah seseorang itu bernafas menggunakan mulut ekoran hidung mengalami selsema atau faktor lain.Ini adalah kajian peribadi penulis dalam meneliti faktor angin dalam badan.


Angin yang banyak dalam badan boleh menganggu khusyuknya beribadah selain akan sesetengah dalam ibadah menyebabkan batalnya ibadah sekiranya udara terkeluar melalui dubur,Seperti ketika solat,maka ketika itu udara tanpa sengaja keluar melalui dubur akan membatalkan solat.Apatah lagi sekiranya ia kerap berlaku dan ketika berjemaah akan menimbulkan rasa kurang senang pada diri sendiri.

Angin dalam badan terjadi atas beberapa faktor yang dibahagi kepada dua,iaitu:


Angin Yang Terhasil Melalui Permakanan



Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.

Contohnya adalah pengambilan air soda bikarbornat menjadi penyumbang kepada banyaknya angin dalam badan.Antara makanan lain adalah jering,petai,sayur-sayuran seperti kacang buncis,mentimun,petola terung,juga bendi.Terdapat juga dalam bentuk buah-buahan seperti nangka,tembikai,epal dan sebagainya.
Susu dan keju
Antara lainya adalah produk atau makanan yang mengandungi laktose,fraktos,sabitol,kanji dan lain lagi.
Makan bergoreng seperti bihun,mee goreng,laksa,selalunya makanan ini diproses berkali-kali sebelum dimakan.
Makanan bersantan
Sungguhpun senarai diatas adalah lebih banyak lagi dan mengandungi angin,akan tetapi disisi lain mengandungi manfaatnya.Cuma angin yang terperangkap menimbulkan kurang selesa kepada diri seseorang.
Selain itu terdapat faktor lain bukan daripada permakanan dan penafasan.Yang dihuraikan disini adalah 2 faktor penyebab angin dalam badan.

Bernafas melalui mulut dan juga menelan udara


Bernafas melalui mulut memungkinkan seseorang menelan udara.Ini kerana udara yang masuk melalui mulut tidak sepenuhnya sampai ke dalam paru-paru.Lalu udara dari mulut akan juga sampai ke saluran pencernaan sekaligus memerangkap udara yang tertinggal.Udara yang masuk ke paru-paru boleh keluar semula secara semulajadi berbanding udara yang terperangkap didalam perut yang akan keluar melalui kaedah semulajadi lain seperti sendawa juga melalui dubur.


Sendawa sekali-sekala terutama semasa dan selepas makan, adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, orang-orang yang kerap sendawa mungkin menelan terlalu banyak udara dan melepaskan sebelum udara memasuki perut .

Sesetengah orang yang kerap sendawa mungkin mempunyai gangguan Gastrousus seperti dinyatakan di atas, seperti refluks pemyakit gastroesophageal - keadaan yang kronik di mana kandungan perut mengalir balik ke dalam esofagus . Orang boleh percaya bahawa menelan udara dan melepaskan ia akan melegakan rasa tidak selesa , dan mereka dengan sengaja atau tidak sengaja boleh membangunkan tabiat sendawa untuk melegakan ketidakselesaan.

Tanda-tanda Angin Dalam Badan Banyak


Rasa lesu, letih dan tidak bertenaga
Selalu rasa kebas-kebas, sengal dan lenguh
Tapak tangan dan kaki terasa sejuk
Selalu menguap dan mudah mengantuk
Sukar bernafas dan nafas pendek
Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang
Kulit kering
Perut berangin
Sakit kepala atau migrin
Hilang selera makan
Kurang atau hilang nafsu seks
Dan lain-lain rasa ketidakselesaan badan

Langkah Mengurangkan Angin Dalam Badan


Tidak mengunyah gula-gula getah

Menggurangkan minuman bergas seperti air bikarbornat

Bernafaslah melalui hidung (sekiranyan selsema,ambil ubatan yang disyorkan oleh doktor)

Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin.Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.

Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.

Makan buah-buahan sebelum mengambil makanan berat lain bagi membantu proses pencernaan dan kestabilan sistem pencernaan
[1]


Melakukan aktiviti bersenam.Aktiviti bersenan dapat mengurangkan lesu badan akibat angin yang terperangkap dalam badan.

Dengan beberapa tips seperti diatas,inn syaAllah dapat meningkatkan kualiti ibadah seseorang selain meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan.

Allahualam

Rujukan:

[1]https://www.hmetro.com.com/node/174510


This post first appeared on Islam Syariah Info, please read the originial post: here

Share the post

Kenapa Angin Dalam Badan Banyak?

×

Subscribe to Islam Syariah Info

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×