Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Helikopter Terputus Hubungan Selepas 20 Minit Berlepas



KUCHING: Fokus pencarian helikopter yang dipercayai hilang akan tertumpu di tiga daerah iaitu Sri Aman, Simunjan dan Betong.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada jam 8.20 malam dan telah menggerakkan Pasukan anggota ke beberapa kawasan untuk membantu operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR).

"Kita telah melancarkan pasukan mencari dan menyelamat untuk ke kawasan Sri Aman, Simunjan dan Betong," katanya dalam sidang media di sini, malam Khamis.

Katanya lebih 100 anggota Pasukan Polis Marin, Bomba, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terlibat dalam operasi SAR ini.


"Tepat jam enam pagi tadi Pasukan Polis Marin dan unit helicopter PDRM turut akan bergerak ke lokasi bagi meneruskan operasi pencarian," katanya.

Muhammad Sabtu juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa helikopter berkenaan ditemukan di Sri Aman.

Beliau berkata identiti mereka yang berada di dalam helikopter itu belum boleh didedahkan lagi buat masa ini.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.


Beliau berkata cuaca dilaporkan hujan di kawasan Betong petang Khamis.

PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


This post first appeared on Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T, please read the originial post: here

Share the post

Helikopter Terputus Hubungan Selepas 20 Minit Berlepas

×

Subscribe to Berita Online Terkini Malaysia | Berita Online T

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×