Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#INFO HERBA ~ Khasiat Dan Keistimewaan Dari Pokok Ajaib @ Miracle Fruit


Ini adalah Buah Ajaib atau juga dikenali oleh sebahagian orang kita sebagai Buah Seribu Manis.

Di dalam bahasa Inggerisnya ia disebut sebagai Miracle Berry atau Miracle Fruit.

Dalam bahasa sainsnya pula ia dipanggil sebagai Synsepalum dulcucum

Pohon ini berasal dari negara Afrika.

Kebanyakan orang pasti bertanya-tanya apa Khasiat Buah Ajaib?

Memangnya ada Khasiat Buah Ajaib atau bahkan jangankan mengetahui Khasiat Buah Ajaib, mendengar namanya saja baru pernah.

Buahnya berwarna merah.Setiap buah mengandungi 1 biji di dalamnya.

Rupa dan saiznya lebih kurang seperti buah muyu/jamblang yang merah spara matang.

Apabila isinya di kunyah, makanan lain yang tadinya masam atau masin akan menjadi manis.

Manisnya juga kaya nuansa-nuansa; seperti limau/jeruk, manis seperti madu, enak yang sukar untuk dinyatakan.

Kesannya berlarutan sehingga 1-2 jam.

Rasa buah ini menakjubkan; justru orang-orang Barat menyebutnya "miracle fruit", bermaksud buah ajaib.


Namun tahukah anda tentang Khasiat Buah Ajaib ini?

Ya, seperti yang telah dikatakan tadi bahwa kebanyakan orang memang tidak mengetahui apa Khasiat Buah Ajaib, oleh karena itu kami telah menyiapkan informasi mengenai Khasiat Buah Ajaib, namun sebelum kami memberi info apa Khasiat Buah Ajaib, semak terlebih dahulu huraian berikut.


Pada Buah Ajaib ini (miracle fruit / Miracle berry/Synsepalum Dulcificum) ini terdapat sebagian protein yang disebut sebagai Miracullin.

Miraculin adalah sebatian Glikoprotein yang mengandungi 191 asid amino dan rantai karbohidrat.

Bila sebatian-sebatian protein ini digabungkan dengan asid maka akan dapat menstimulasi rasa manis pada lidah kita.

Setelah memakan buah ini lalu makan jeruk yang masam, sensasi yang diterima lidah bukannya masam tapi manis.

Walaupun miraculin mengubah persepsi rasa, tetapi tidak mengubah susunan kimia dari makanan, persepsi rasa manis hanya berlaku antara 30 minit hingga 2 jam bergantung kepada berapa banyak kita makan buahnya.

Buah ini bukan tumbuhan asli negara kita akan tetapi dari Afrika Barat.

Ia ditemui oleh seorang yang berbangsa perancis bernama Reynaud Des Marchais.

Keajaiban buah ini telahpun mendapat perhatian ramai saintis dunia dan kini telah banyak saintis menghasilkan Journal-journal ilmiah kerana keajaibannya mengubah rasa seperti contohnya Dr. WF Daniell yang telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk "Miraculous Berry" pada Pharmaceutical Journal, Vol. Xl.

Pasti anda sudah tidak sabar untuk tahu apa lagi Khasiat Buah Ajaib, berikut info lengkap tentang Khasiat Buah Ajaib:


Apakah Khasiat Buah Ajaib & Kelebihan Buah Ajaib Ini ? 

Berikut adalah antara manfaatnya ..

-Ia dapat membantu mengawal diet pengambilan gula.

Kerana jelasnya ketika merasa manis setelah mengambil buah ajaib kita tidak merasakan gula yang sebenarnya melainkan kerana tipu daya protein sahaja. Maka ini amat berguna bagi para orang yang diet gula tapi tetap ingin merasakan manis dalam makanan & minuman, itulah salah satu Khasiat Buah Ajaib.

 -Mempertingkatkan rasa makanan & minuman. 

Kerana sifatnya yang dapat mengubah 'rasa' maka buah ini dapat membantu orang yang tidak gemar memakan sayur-sayuran.Kerana sayur apapun akan berasa manis. Ya ini pasti amat sesuai untuk anak-anak yang tidak gemar makan sayur-sayuran. Hasilnya, khasiat sayur-sayuran diperolehi disamping rasa enak yang dirasai. Hebat bukan Khasiat Buah Ajaib yang satu ini.

-Pesakit Kanser. 

Pesakit Kanser yang sedang menjalani kemoterapi biasanya akan merasakan rasa yang tidak enak di lidahnya. .. Ya, buah ini dapat membantu 'memperbaiki' deria rasa mereka sehingga mereka tetap berselera mengambil makanan dengan rasa manis yang sedap.

credit



(Nama Botani :Synsepalum dulcificum)

◊ Famili : Sapotaceae
◊ Negara asal : Ghana, Afrika
◊ Keperluan air : Banyak
◊ Tahap pH : 4.5 hingga 5.8
◊ Ketinggian pokok : 10 hingga 15 kaki
◊ Bunga : Warna putih
◊ Buah : Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah selepas 2 hingga 3 tahun
◊ Bahan aktif (Dari buah)
i. Glycoprotein
ii. Miraculin (Taste altering chemical)

Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?.

Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya. Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis.

Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.

Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai ketinggian diantara 2 – 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila matang.

Terdapat lapisan yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Pokok ajaib hidup subur di tanah yang agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan batang.

Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali.

Daun pokok ajaib juga boleh menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.

Antara Khasiat Pokok Ajaib

>>>Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).

>>>Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi. Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.

>>>Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin
.
>>>Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih.

Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai. Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak. Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.

“Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser.

Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak khasiatnya.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#INFO HERBA ~ Khasiat Dan Keistimewaan Dari Pokok Ajaib @ Miracle Fruit

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×