Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#HUTANG RM1 TRILION ~ Benarkah Negara Akan Muflis?

Semasa berucap di negara yang mempunyai jumlah Hutang kedua tertinggi di dunia iaitu United Kingdom, Tun Dr Mahathir mendakwa hutang kerajaan Malaysia berjumlah RM1 trilion perlu dibayar segera atau Malaysia akan diisytiharkan muflis. Peratus nisbah hutang / KDNK negara adalah 50.8%.

Untuk pengetahuan Tun Dr Mahathir, beliau sedang berada di negara yang bakal disytiharkan muflis, United Kingdom yang mempunyai jumlah hutang sebanyak RM34.8 trilion dengan peratus nisbah hutang/KDNK 87%.

Hari ini Tun Dr Mahathir dijangka berada di negara yang bakal muflis yang mempunyai hutang tertinggi di dunia iaitu Amerika Syarikat dengan jumlah hutang sebanyak RM87 trilion. Peratus nisbah hutang/KDNK Amerika Syarikat adalah 107.8%.

Bukan semua rakyat buta dan bodoh seperti penyokong Tun Dr Mahathir dan Lim Guan Eng. 97.7% hutang negara adalah dalam nilaian Ringgit Malaysia. Manakala lebih 60% pemilik hutang adalah dari institusi kerajaan seperti GLIC dan GLC seperti KWSP, KWAP, Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad, Maybank dan sebagainya.

Hutang pula adalah bentuk sukuk dan bon, manakala bon / sukuk yang matang pula, ada yang bayaran faedahnya mencecah 30 tahun. Jadi bagaimana hendak bayar segera seperti dakwaan Tun Dr Mahathir macam mana?

Kita berharap agar Tun Dr Mahathir tidak lagi mengeluarkan kenyataan mengenai hutang negara agar rakyat Malaysia tidak ditertawakan dunia kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang sudah nyanyuk dan muflis idea untuk mengencing Rakyat.


sumber
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#HUTANG RM1 TRILION ~ Benarkah Negara Akan Muflis?

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×