Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

#BOLASEPAK ~ Kedah miliki kelebihan rangkul Piala FA 2017

Motivasi tinggi diperolehi oleh Hijau Kuning selepas mara ke Final Piala FA 2017 dengan agregat 4-0.

KEDAH yang akan berdepan Pahang dalam perlawanan akhir Piala FA 2017 pada 20 Mei ini, dilihat mempunyai kelebihan untuk merangkul kejuaraan itu berdasarkan kualiti permainan serta perancangan taktikal lebih tersusun Pasukan berkenaan.

Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata dua faktor itu memberi kelebihan kepada skuad Helang Merah, lebih-lebih lagi pasukan itu kini berada pada prestasi terbaik dalam saingan Liga Super.

"Bagaimanapun setiap pemain Kedah tidak boleh menjadikan kelebihan itu sebagai jaminan memandangkan Pahang memiliki skuad yang berpengalaman dan pernah menjuarai Piala FA dua kali pada 2006 dan 2014.

"Pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan keluar sebagai pemenang dan saya yakin kedua-dua pasukan akan mempamerkan permainan berkualiti dalam aksi di Stadium Shah Alam nanti," katanya ketika ditemui Bernama di Kelab Diraja Ipoh di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga bekas Pengurus Pasukan Perak pada era 90-an turut menasihatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya menjaga tingkah laku dan tidak mencetuskan sebarang provokasi.

"Saya percaya puluhan ribu penonton akan membanjiri Stadium Shah Alam untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berjuang bagi merangkul kejuaraan tersebut.

"Penyokong dari Kedah atau Pahang yang nak ke Shah Alam perlu berhati-hati di jalan raya dan kalau boleh pergi awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas," katanya.

Sabtu lepas, pasukan Kedah di bawah bimbingan Nidzam Adzha Yusoff mara ke pentas akhir dengan agregat 4-0 selepas menewaskan Terengganu 3-0 dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pahang yang dikemudi jurulatih, Dollah Salleh pula melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 3-1 selepas menang tipis 2-1 ke atas Negeri Sembilan dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. – Bernama

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner


This post first appeared on Blog Sensasi, please read the originial post: here

Share the post

#BOLASEPAK ~ Kedah miliki kelebihan rangkul Piala FA 2017

×

Subscribe to Blog Sensasi

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×