Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Bomba Selamatkan Anak Kucing Atas Bumbung Kedai

Tugas seorang anggota bomba sudah semestinya sangat mencabar. Tidak terhad hanya perlu memadamkan kebakaran sahaja, bahkan anggota bomba perlu menghadapi pelbagai bencana alam dan kejadian rumit yang tidak diduga.

Kecekapan anggota bomba Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi. Terlalu banyak kisah-kisah anggota bomba yang jarang dapat kita dengar di media massa.

Menyelamatkan kucing juga menjadi tugas yang penting buat anggota bomba. Tugasan untuk menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam lubang tandas telah pun dilaksanakan dengan baik oleh anggota bomba Malaysia sebelum ini.



Terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi telah menunjukkan prestasi cemerlang mereka apabila dengan hebat telah menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di atas bumbung sebuah kedai di Sri Aman, Sarawak.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysa(JBPM) Sarawak, pihak mereka menerima panggilan berhubung kejadian melalui pemilik kucing berkenaan pada jam 1.25 petang.

TENGOK INI JUGA: Kucing Menguasai Kecekalan Ahli Bomba

Enam anggota bomba dari Sri Aman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dan setiba mereka di lokasi, seekor anak kucing masih lagi berada di atas bumbung sebuah kedai di sana.

Anak kucing comel itu akhirnya berjaya diselamatkan apabila anggota bomba dengan cemerlang telah naik ke atas bumbung dengan menggunakan tangga untuk membawa anak kucing itu turun.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan, tiada sebarang kecederaaan pada anak kucing itu sebelum ia diserahkan kepada pemiliknya.



Sumber: Kosmo!




This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Bomba Selamatkan Anak Kucing Atas Bumbung Kedai

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×