Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

10 Foto Kucing Yang Penuh Dramatik Wajar Menang Oscar

Kucing, jarang mengecewakan. Telatah mereka selalunya begitu menenangkan dan menghiburkan. Tidak kira apa sahaja yang mereka lakukan, pasti akan memberi kebaikan kepada tuan. Begitulah indahnya ciptaan Tuhan dan sememangnya kucing boleh dijadikan sebagai terapi kemurungan.

Foto kucing yang diambil pada posisi yang mengagumkan juga kebiasaannya dapat menceriakan hidup seseorang. Jika terkena pada gaya, pasti akan menghilangkan bebanan tekanan. Jadi tidak hairanlah bila imej dan video kucing kerap dilihat di Internet oleh warga manusia dari seluruh pelusuk dunia.

Di bawah ini kami kumpulkan 10 gambar kucing dari pelbagai sumber di Internet, yang mana setiap ekor kucing telah mengalunkan aksi dramatik dengan begitu berkesan. Ternyata mereka berhak mendapat oscar nanti.

1- Barangkali beliau sedang menghayati babak ditinggalkan kekasih yang mana ekspresinya telah berjaya menusuk sampai ke dalam jiwa.


2- Watak kecurigaan yang dipamerkan Kucing ini memang dihayati dengan baik.

3- Pengarah filem sila beri perhatian yang lebih kepada kucing di bawah. Wajar Menang Oscar 18 kali beliau ni.

4- Nampak kan mimik wajah sebelum dan selepas yang begitu berkarakter?

5- Selalunya watak kekecewaan sebegini sering dilakonkan oleh pelakon wanita dan beliau dengan tenang menjiwainya.

6- Episod akhir drama yang begitu menyayat hati. Kata omputih, sad ending lah ni.

7- Watak seram pun tiada masalah buat kucing. Celah gigi bak kata orang dulu-dulu.

8- Saya sendiri dapat merasakan kecuakkan yang dialaminya. Menghayati watak betul kucing ini.

9- Watak dalam drama muzikal pun boleh dihayati dengan baik oleh kucing. Tiada masalah.

10- Siapa kata kucing tak boleh menerajui watak utama dalam drama waktu senja di tv Malaysia?



This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

10 Foto Kucing Yang Penuh Dramatik Wajar Menang Oscar

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×