Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lip Gloss Yang Buat Anda Rasa Seperti Mencium Hidung Kucing?

Bagi anda yang benar-benar taksub dengan kucing, kini anda sudah boleh mendapatkan bermacam-macam produk bertemakan kucing buat diri anda.

Tidak kiralah jika anda mahukan baju, seluar, topi, mug, throw pillow tema kucing dan sebagainya yang bertemakan kucing, semuanya anda boleh dapatkan untuk memenuhi kepuasan diri anda.

Bukan setakat itu, ada juga produk pelik yang dibangunkan untuk pencinta kucing seperti minyak wangi berbau seperti anak kucing dan spray fabrik beraroma dahi kucing yang anda boleh dapatkan pada zaman ini.

Pelik tapi benar..

Baru-baru ini, Felissimo Nekobu, syarikat pesanan pos popular di Jepun, yang pernah membangunkan spray fabrik beraroma dahi kucing, telah membangunkan satu lagi produk khas buat pencinta kucing sejati.

Bagi pencinta kucing yang gemar menjaga dan mencantikkan lagi bibir, kini anda boleh menggunakan lip gloss unik yang menjanjikan sensasi yang sama seperti ketika anda mencium hidung kucing.


Produk yang digelar "Hin-Yari Ohana Lip Gloss" ini dikatakan mengandungi bahan-bahan yang menyejukkan yang mana akan membantu mencantikkan lagi bibir si pemakai.

Disebabkan ia di datangkan dalam bentuk roll-on, lip gloss ini sudah tentu mudah untuk digunakan.

Terdapat tiga warna yang boleh anda pilih dan rata-ratanya mewakili warna hidung kucing iaitu merah jambu, kuning dan oren.

Selain daripada merasakan seperti sedang mencium hidung kucing, lip gloss ini juga akan memberi manfaat kepada bibir di mana ia akan melembab dan melembutkan bibir pengguna.



Ketika ini, lip gloss yang akan memberikan anda perasaan seperti ketika anda mencium hidung kucing, dijual pada harga 1,300 yen. Anda boleh mendapatkan lip gloss unik ini di http://www.felissimo.co.jp/shopping/I180660/I280661/GCD453030/?vf=01.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Lip Gloss Yang Buat Anda Rasa Seperti Mencium Hidung Kucing?

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×