Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tinggal Bersama Lebih Daripada Seekor Kucing? Baca Jap Jom!

Adakah anda tinggal bersama dengan lebih daripada seekor kucing dan menghadapi masalah di mana kucing-kucing anda itu tidak dapat "chill" bersama dengan baik?

Nah, dalam penulisan kali ini, kami akan berkongsikan sedikit sebab kenapa kucing-kucing anda tidak dapat hidup bersama dengan bahagia.


Sebenarnya terdapat beberapa sebab kenapa kucing tidak dapat tinggal bersama dengan baik di dalam sesebuah rumah. Sebab yang paling lazim adalah kucing dibesarkan secara sendirian di awal hidupnya.

Jika kucing yang anda pelihara membesar sendirian tanpa ada hubungan dengan kucing yang lain, sudah pasti ia boleh bertindak balas dengan luar biasa terhadap kucing baru yang diperkenalkan kepadanya.

Hal ini berlaku disebabkan kucing anda itu masih belum mampu lagi untuk membentuk kemahiran bersosialnya. Sudah tentu ia akan berasa takut atau tercabar dengan kehadiran kucing yang baru yang tidak dikenalinya.

Kucing mana yang "tadehal" bila rutin harian dan kawasan jajahannya diganggu kucing yang tak dikenali secara tiba-tiba? Jarang nak jumpa kan?

Maka inilah yang akan terjadi jika ia dibesarkan sendirian tanpa bersosial dengan kucing yang lain. Sebab itulah digalakkan untuk anda membela lebih daripada seekor kucing.

Bayangkan anda tidak mempunyai teman di sepanjang kehidupan anda. Begitu juga dengan kucing. Mudah kan?

Tengok Ini Juga: Kucing-Kucing Anda Kawan Atau Lawan?

Dalam beberapa kes, sesetengah kucing masih lagi mampu untuk bergaul dengan kucing yang lain sewaktu ia masih kecil. Namun hubungan mereka akan berubah apabila kucing menjadi lebih matang. Ya lah kalau dah semakin dewasa banyak masalah yang akan menimpa. Masalah-masalah ini lah yang akan membuatkan mereka menjadi tak ngam nanti.

Ada juga kucing yang akan berubah setelah ia dikejutkan dengan sesuatu perkara yang menakutkan seperti kemalangan, masalah kesihatan dan juga benda-benda mengarut seperti bunga api atau mercun. Ya. Jangan main-main.

Kebiasaannya apabila kucing tiba-tiba tidak dapat tinggal bersama dalam keadaan yang aman dan lebih gemar menyendiri, ianya boleh memberi petunjuk bahawa kucing anda sedang stress atau mengalami masalah kesihatan. Amatlah digalakkan untuk anda merujuk kepada doktor haiwan anda.

Sebenarnya walaupun kucing-kucing yang anda pelihara tidak dapat "ngam" bersama, anda sebagai pemilik kucing masih lagi boleh mengawal dan melatih mereka dengan baik.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah tambahkan ilmu dan berlaku adil dengan mereka semua. Sediakan segala keperluan asas seperti bekas makan dan minum, tempat tidur, litter box/tray, mainan dan sebagainya yang diperlukan kucing-kucing anda. Keperluan asas kucing adalah mandatori. Jika tak boleh nak berikan komitmen, sila jangan bela kucing dengan serius.

Sebagai contoh, jika kucing A mendapat 18 juta, kucing B juga mesti mendapat 18 juta, begitu juga dengan kucing C. Tak boleh kurang tak boleh lebih tapi ikutlah kesesuaian umur dan tahap kesihatan masing-masing. Mesti adil dan saksama. Itu yang penting.

Kesihatan mereka juga MESTI dipantau setiap masa bagi mengelakkan perubahan emosi yang luar biasa yang akan mengundang sesuatu yang negatif kebiasaannya nanti. Bayangkan pankreas atau sistem dalaman salah seekor kucing anda bergolak. Kemungkinan untuk ia menempeleng kucing lain adalah sangat besar. Bila dah ditempeleng berkali-kali, tak ke berbulu kawan tu? Sudah tentu pergolakan berpanjangan akan berlaku.

Selain daripada itu, pastikan anda ada menyediakan juga sekurang-kurangnya sebuah(atau lebih) tempat peribadi buat kucing-kucing anda itu. Jangan risau jika rumah anda tidak mempunyai bilik yang banyak. Gunakan sahaja sangkar atau kotak atau apa sahaja yang bersesuaian dengan setiap kucing yang anda pelihara.

Perkara ini sangat penting kerana kucing juga memerlukan sedikit privasi adakalanya. Sebab itu lah ada pencinta kucing yang sanggup menghabiskan puluhan hingga ratusan ribu ringgit semata-mata untuk mengubah rumah mereka mengikut kehendak dan kesesuaian kucing-kucing mereka.

Anda juga sebagai pemilik kucing, mesti memainkan peranan anda dengan sewajarnya. Mesti sentiasa pantau kucing-kucing anda. Jika kucing-kucing yang anda bela mula bergaduh sesama mereka, pastikan anda menghentikan pergaduhan berkenaan dengan kadar segera. Tepuk je tangan kuat-kuat. Kalau masih tak jalan, tembak mereka dengan air atau air sejuk. Jangan biarkan mereka bercakaran. Jika tidak, pasti akan ada impak yang tidak baik nanti.

Bagi kucing yang berlainan jantina pula, dinasihatkan agar anda memandulkan mereka terlebih dahulu. Ya lah, jika kucing betina anda itu "hot" sudah pasti lambat laun akan mengundang kucing yang lain untuk "try" dia. Jika tidak dibendung dengan baik, pasti akan mengakibatkan sesuatu yang negatif nanti. Solusinya, mandulkan kesemua kucing anda. Ikutlah kesesuaian umur. Takkan anak kucing baru nak lihat dunia terus dimandulkan. Agak-agak lah.. Aduh..

Ha, anda masih lagi merasakan yang perkongsian kali ini kurang bermutu? Jangan khuatir, sudah tentu kami ingin berikan yang terbaik kepada anda yang melawat ke sini.

Kami amat menyarankan anda untuk menambahkan lagi ilmu tentang kucing (terutamanya bagi anda yang memelihara lebih daripada seekor kucing) dengan mendaftar online course berbahasa Inggeris di Udemy yang berjudul Training Cats To Get Along In a Multi-Cat Household.(klik link tu untuk mendaftar)

Online Course ini sangat berguna bagi anda yang memiliki kucing yang masih tidak dapat tinggal bersama dalam keadaan yang aman.

Kalau anda nak tambahkan ilmu, klik je link yang dikongsikan di atas dan daftar segera sementara ianya masih lagi ada diskaun. Kalau lambat, maaflah, harganya akan kembali ke harga asal. Tonton video preview yang disediakan dan bacalah maklum balas daripada mereka yang sudah mengikuti online course berkenaan sebelum mendaftar ya. Kemudian anda putuskan untuk mendaftar atau tidak. :)



Eh, eh, eh.. Anda lebih berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang kucing? Nak tambah apa-apa lagi dalam penulisan kali ini? Lakukan sahaja dengan berkongsi ilmu anda di ruangan komen di bawah ya. Terima kasih.


This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Tinggal Bersama Lebih Daripada Seekor Kucing? Baca Jap Jom!

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×