Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Catzonia Hotel 5 Bintang Buat Kucing

Jangan pandang enteng terhadap pencinta Kucing di Malaysia yang bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik buat kucing dan pencinta kucing yang lain.

Mana tidaknya, sebuah hotel lima bintang khas buat si comel telah pun dibangunkan di Malaysia.

Terletak di Metropolitan Square, Damansara Perdana, Catzonia dibangunkan oleh seorang pencinta kucing bernama Muhammad Syahir Zainal yang mana menawarkan perkhidmatan tempat tinggal untuk kucing bertaraf lima bintang.


Bagi pemilik kucing yang terpaksa meninggalkan kucing kesayangan di rumah tanpa jagaan sesiapa, kini anda sudah boleh kembali tersenyum lega. Walaupun sudah terdapat banyak hotel buat si comel di Malaysia ini, namun, Catzonia bukanlah hotel kucing yang biasa-biasa.

Menawarkan sejumlah 35 buah bilik yang berpecah kepada 4 kategori, Catzonia dikendalikan oleh beberapa orang krew yang sudah berjanji untuk melayan tetamu comel mereka sebaik yang mungkin.

Bukan setakat bermain, bahkan, kucing yang berada di Catzonia juga akan dididik dengan baik dan tahap keselesaan penginapan kucing akan dipastikan mereka berada pada tahap yang terbaik.

Dalam erti kata yang mudah, setiap kucing akan diberikan layanan bertaraf VIC(very important cat).

Antara bilik yang ditawarkan di Catzonia adalah bilik Comfy, VIC, VVIC dan Super VVIC. Setiap saiz dan reka bentuk dalaman bilik adalah berbeza-beza. Harga penginapan semalam di hotel kucing ini bermula dari RM25. Berpatutan kan?


Menurut pemilik Catzonia, hotel kucing bertaraf lima bintang ini juga ada menawarkan perkhidmatan memandi dan mencantikkan kucing. Jadi anda sebagai pemilik kucing tidak perlu terlalu risau jika kucing kesayangan anda yang ditinggalkan di sini masam bau ketiaknya. Gunakan sahaja perkhidmatan yang telah disediakan di sini pada harga yang berpatutan.

Apa yang menarik perhatian kami di KucingComelMeow.my, Catzonia turut dilengkapi dengan rakaman televisyen litar tertutup(CCTV) yang mana boleh diakses 24 jam oleh para pelanggan dari telefon pintar mereka.


Jadi bagi anda yang kerap keluar kawasan atau terlalu sibuk untuk memberikan perhatian penuh pada kucing anda dalam satu tempoh yang agak lama, Catzonia merupakan salah satu tempat terbaik untuk anda tinggalkan kucing kesayangan anda selama yang anda mahu, di Malaysia ini. 





Alamat: Catzonia Damansara, E111 Wing E, Metropolitan Square Business Centre, Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 013-222 9606
Laman web: www.catzonia.com
Instagram: @catzoniamy
Facebook: fb.com/catzonia




This post first appeared on Kucing Comel Dan Lucu, please read the originial post: here

Share the post

Catzonia Hotel 5 Bintang Buat Kucing

×

Subscribe to Kucing Comel Dan Lucu

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×